Lihatlah bertapa indahnya alam ciptaan Tuhan |
27 tahun telah berlalu tapi parut cinta ini masih bernanah. Aku ini kegilaaan perempuan semasa alam remaja. Gadis sangat mudah jatuh cinta padaku.... tidak aku tahu kenapa. Aku kacak.... tidaklah. Aku cuma lelaki yang baik..... aku malu dengan perempuan. Aku ini sangat-sangat malu dengan perempuan tidak aku tahu kenapa. Kugagahi jua untuk berbicara dengan perempuan dalam nada terketar-ketar. Ada satu rahsia besar disebalik malu yang keterlaluan ini. Telah ku tahu kenapa.
Mana-mana perempuan yang pernah duduk semeja denganku pasti cair dan terpaku mendengar kata-kata yang keluar dari mulut ku. Mereka bagaikan terpukau......... tidak aku tahu kenapa. Aku pada ketika itu tidak tahu siapakah aku disisi Allah Tuhanku. Benar-benar aku tidak tahu.
Perjalanan hidup zaman remaja sangat menyeronokkan. Semasa aku berjalan kaki pasti ada gadis-gadis comel yang memerhatikan aku dari celah langsir yang bergoyang. Yang hairannya aku pula bagaikan dapat merasai aku sedang diperhatikan. Apakah aku ada pancaindera keenam? Entah.
Ramai gadis-gadis cantik dan comel dengan berani mengakui sangat-sangat meminati aku. Eh! Apa ni aku bukan selebriti. Siang aku bekerja diKWSP dan malamnya aku jadi 'mat burger'. Inilah rutin hidup remajaku. Tidak pernah walaupun sekali aku terima ajakan gadis-gadis comel untuk keluar makan. Aku ini sangat pemalu. Mereka tahu tidak dapat memiliki aku.... kerana secara jujur kukatakan aku tidak suka bercinta.
Walaupun begitu malunya aku pada perempuan..... aku tetap ada buahhati pengarang jantung. Hamidah gadis cantik ayu dan jelita dalam diam-diam telah meletakkan 'jiwa'nya bersama-sama dengan 'jiwa'ku. Dia sangat mencintai aku. Aku juga sayang dan cintakan dia. Hari-hari namaku aja yang disebutnya tanpa jemu. Kami bekerja dijabatan yang sama menjadi sebab aku sering bercerita denganya. Hamidah benar-benar telah jatuh cinta pada aku.
Ku kira panas hingga ke petang..... rupanya hujan ditengah hari. Hamidah telah ditunang dengan seorang pegawai..... pasti gajinya besar. Pilihan keluarga... paksa rela. Pada umur 22 tahun terlalu awal untuk aku berkahwin dengannya. Hamidah cuma mampu memandang aku dengan ekor matanya. Aku pasrah.... terlalu awal....
Semakin hampir ketarikh perkahwinan..... Hamidah mahu aku bawanya kerumahku merai Hari Raya. Inilah kali pertama dia datang kerumahku. Aku lihat dimatanya yang berkata-kata...." kahwinilah aku Khalil oiii".
Mana mungkin.... pada usia 22 tahun aku mahu bebas menjelajah Bumi Tuhan ini. Cinta bukan alasan untuk aku berkhawin. Cintaku kekal selamanya pada kamu wahai Hamidah.
Masa berlalu.. episod demi episod hidup ini..... kuharungi hidup perit dan sakit. Sayangnya aku pada Hamidah tak terubat walaupun puluhan tahun telah berlalu. Aku masih nampak dia dalam mimpi ku pada ketika itu. Kenapa begini jadinya hidup. Aku sering menangisi cinta yang tak kesampaian ini. Apakah aku bersalah membiarkan kekasih dicuri hatinya oleh orang lain. Apakah aku bersalah membiarkan Hamidah menangis seorang diri gara-gara lelaki pengecut macam aku.
Aku terlalu muda ketika itu wahai Hamidah..aku bukannya pengecut... maafkanlah aku. Hidup terus berlalu hari demi hari. Aku pergi jauh-jauh. Aku cuba untuk melupakan Hamidah. Mampukah aku?
Tahun berganti tahun apakah akan terubat sakit luka cinta yang tidak kesempaian ini. Kurawat sedikit-sedikit... nanah-nanah cinta ku buang dengan kesakitan. Aku sebenarnya tidak tertanggung derita cinta ini. Aku rasa seolah-olah telah mati.... bagaikan 'zombies' kulalui perjalanan hidup seterusnya. Bertahun-tahun aku hidup begini. Masyarakat telah ku tinggalkan. Aku terus sendiri.....
Disatu ketika setelah begitu lama hidup sendirian...... 'jiwa' ini disapa. Aku diajak bercinta pada usia sebegini. Gadis ini menawarkan diri serta menyerah mahu jadi kekasih hati. Pelik! Kamu minat pada aku. Aku lihat diwajah gadis ini bagaikan ada cahaya.... terang dan jelas pastinya inilah hadiah dari Allah Tuhanku. Tanpa ku pinta Allah tetap memberi. Allah benar-benar telah menghantar seorang gadis hingga kepintu rumahku. Iyakan! Aku ini pemalu. Tidak mampu untuk aku mencari dan berkenalan. Benarlah Allah Maha Memahami.
Gadis secantik ini pasti dikatakan bodoh jika aku menolak. Benarkan! Aku terima gadis ini..... maka marilah kita bercinta. Telah terawatlah segala kesakitan...... kesan dari cinta tak kesampaian. Aku telah sembuh sepenuhnya dari sakit cinta yang lalu. Terima Kasih Mia Ismail untuk semua ini.
Gembiranya aku setelah punya kekasih hati. Kami bercinta cara lama..... sopan dan tertib. Tatkala kami sedang makan bersama digerai ada sesuatu keajaiban berlaku. Aku lihat Hamidah dengan lima anaknya berjalan betul-betul bersebelahan meja makan ku. Kecilnya Bumi Malaysia. Pelahan-lahan kubisikkan pada Mia Ismail..... "itulah Hamidah.... dia pernah kenal aku dan kami telah bercinta..... tapi tak kesampaian".
Aku pergi kepada mereka dan memperkenalkan diri..... Hamidah tidak pernah lupa pada aku. Aku katakan pada mereka tak lama lagi aku akan berkahwin. Itu..... nampak tak? Dia adalah tunangan ku.
Setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Pada semua perkara aku akan menanti titik hujungnya. Ilmu ini adalah berkenaan kemanusiaan. Semuanya pasti ada penghujung. Ini adalah satu Ilmu. Fahamkan sungguh-sungguh. Iya benarlah semua perkara pasti ada penghujung ataupun titik noktah.
Begitulah Allah Tuhanku sangat-sangat menyayangi aku. Aku terkesima. Allah Tuhanku begitu memahami aku. Allah Tuhanku telah menetapkan satu ruang waktu untuk mempertemukan aku dengan Hamidah. Inilah hujungnya cinta kami. Tidak sia-sia segala kesakitan yang aku tanggung. Aku tidak bersalah kerna tidak mengahwini Hamidah pada ketika itu. Aku telah membuat keputusan yang bijak.
Sayang benar Allah dengan aku. Terima Kasih Allah.
Salam. Jumpa lagi. Bye!