Monday, 11 June 2012

YA ALLAH PERKENANKANLAH...... doaku!

KAMU...  Dhada, Annur..... serta semuanya Jiwa ketika ini sedang merenung masa depan. Apakah kesudahan kita nanti? Nak pulang kemana? Jalan dan lorong yang mana kita nak ikut?. SESAT semuanya kamu ini sebenarnya...........................betul kamu semuanya sedang tercari-cari denai.... Itupun jika ada. Ada ke? Tunggu aje disitu pun boleh........ pasti akan ada 'TANGAN' yang akan memimpin kamu semua. Percayalah!

1298083479317666628.jpg


KERUTAN didahi 'makcik' ini bagaikan berbicara pada semua kita...... Apa bicaranya! Dengarkan.  "makcik lapar, makcik haus, anak tolonglah makcik....... tolonglah. Makcik penat.. makcik letih". Makcik ini merayu pada kita.

Kesiankan makcik ni. Kita mendengar bicaranya dengan penuh kemanusiaan. Sedih dan terhiris. Aduh sakitnya Jiwaku ini Ya Allah. DIMANAKAH ALLAH PADA TIKA DAN SAAT ITU? dimana? Jawap soalan aku?
Firman Allah SWT :
  • "Orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah dan orang-orang yang membantu, merekalah orang-orang yang benar-benar beriman. Dan bagi mereka keampunan dan rezeki yang melimpah ruah" At-Taubah :20 
 Firman-Nya lagi yang bermaksud:
  • “Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan memberi rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan sesiapa berserah diri kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. Sesungguhnya Allah melakukan perkara yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah menentukan tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Talaq ayat 2-3)

Bukankah bicara 'makcik tua' ini juga 'DOA'. Pekakkah Allah Tuhanku pada ketika itu. Mana rezeki untuk makcik ini..... mana?Eh! Encik Jaya.... "doa ni apalah pulak"?. Mintak tak dapat-dapat. Tak mintak langsung tak dapat. Gila dibuatnya.




NUN diSomalia ramai yang kelaparan. Pastinya semua mereka minta Tuhan bantu. DOA mereka nak makanan... tapi kenapa siIzrail yang datang. Allah Yang Maha Pengasih tidak kasihkah pada umat Somalia. Mayat reput dan busuk semuanya angkara 'KERJA' siIzrail pencabut nyawa. Tak ada kerja kosong yang lain ke? Iyalah kerja cabut nyawa. Cabut... cabut.. cabut dan cabut lagi... dah macam cabut ubikayu la pulak.GILA! ........aku dibuatnya.

Gila apa aku ni..... merepek-repek! Gila.... ramai orang jadi gila. Ada yang gila sejak-sejak lahir.... ini yang paling ramai. Gila ini apa sebenarnya wahai Prof. Jaya Negara? Cuba terangkan pada saya apa itu gila?
  •  Gila ini adalah istilah umum tentang kerosakan jiwa yang parah. Secara historis, konsep ini telah digunakan dalam berbagai cara. Di lingkungan dunia perubatan ia lebih sering digunakan istilah gangguan jiwa. Kata kegilaan sering pula digunakan untuk menyatakan tidak waras, atau perilaku sangat aneh. Dalam pengertian tersebut berarti ketidaknormalan dalam cara berpikir dan berperilaku kurang wajar.
  • Gila juga iaitu hilangnya suatu pikiran dikarenakan penyebabnya oleh stress atau ada masalah pribadi yg di alami oleh seseorang yg tidak waras tersebut. Yang mengakibatkan pikiran yg tidak terkendali dan akhirnya menjadi berpikiran tidak waras, berperilaku aneh.
  •  Gila juga boleh berpunca dari dadah. Kesan dari kerosakkan otak sipenagih dadah. Paranoid. Gila jenis pun agak ramai. Gila juga boleh berpunca dari jalan-jalan Tariqat.....dinamakan gila isim. mereka ini pencari Tuhan. Cari punya cari tak pasal-pasal tertumoih dalam longkang. Baru padan muka.
  • Gila juga terkesan dari penatnya pencarian nama Tuhan. Akhirnya semuanya menerima padah. Ada 99 nama. Eh!.... kena hafal ke? Dah macam tercari-cari nama untuk anak yang bakal lahir. Gila manusia ni. Dah macam 'treasure hunt' la pulak. ha ha ha. 
Jom kita sambung cerita makcik yang sedang merenung masa depan.

Kenapa sampai begitu wahai makcik! Bangunlah! jom aku pimpin makcik pulang. Pulang kemana makcik? Dimana rumah kamu? Manusia semuanya tak jumpa jalan pulang..... aku, kamu dan dia yakni kita sering tertanya-tanya..... sering mempersoalkan. Jawapan untuk setiap soalan didatangkan pula dengan persoalan yang lebih rumit. Aduh! Kenapa begini jadinya hidup. Melayang-layang terawang.... tidak-tidak juga terbang.... Berpusing-pusing sampai pening dan termuntah..... tapi kali ini kamu sudah 'Gila'.

Manusia jadi gila. Gila dan terus mengila. Kenapa tidak berdoa kepada Tuhan kamu wahai manusia? Kenapa? Wahai manusia apakata kamu terus sahaja bertanya kepada Tuhan kamu. Semua persoalan mu pasti terjawap. Iya! Pasti. Aku benar-benar pasti.
  • "...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah, 2: 216)
Mampukah maksud ayat (Al-Baqarah, 2: 216)  ini menyelesaikan kemelut ribut dalam otak ataupun kamu semakin kusut dan lisut sampai kecut. Iya!..... Kamu akan kecut dan semakin takut. Pastinya!

Apakah Alquran? Alquran adalah bahan bacaan untuk umat manusia. Alquran juga sebagai ilmu, bekal kamu wahai manusia. Ada terlalu banyak kehebatan Alquran, jika seseorang Ulama itu mahu nyatakan pada kita. Punya hebat Alquran dan dalam kehebatan Alquran semua umat Islam yang ada hari jadi bodoh dan bebal. Kenapa? Jawapnya kamu mahu yang ajaib-ajaib. Apa dia ajaib?

Ajaibnya 'surah yassin' diselit tepi pintu.... untuk apa? Hantu setan takut nak masuk rumah kita. Ada ajaib lagi.... abu bekas dari bakaran Alquran jadikan kita kebal. Ada lagi...... rendam dengan cebisan ayat Alquran dan keminyan.... boleh jadi pandai. Ada lagi... sesiapa Hafal 30 juzuk boleh masuk syurga senang-senang tanpa hisab.... serta boleh bawa 7 ahli keluarga bersamanya. Sesiapa yang amalkan baca Alquran muka jadi cerah dan memikat. Rumah yang didalamnya sering didengarkan alquran sangat murah rezeki.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang berbunyi:

  • Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.
Firman Allah S.W.T lagi:

  • Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa. (Surah Al-Baqarah: 2
Semuanya itu adalah benar. Alquran yang pada asalnya adalah bacaaan untuk panduan hidup telah manusia 'explore' sampai jadi kitab Sihir. Alquran tidak boleh dilangkah...... kenapa? Alquran tidak boleh disentuh tanpa wuduk... kenapa? Alquran tidak boleh dibaca dalam tandas.... Why? Alquran tidak boleh dibaca oleh wanita dalam haid... kenapa? Kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa? Alquran yang ada hari ini adalah tulisan berbahasa Arab. Alquran adalah bacaan. Itu aje. Kamu semua telah gila dan dalam kegilaan ini kamu mahu aku ikut kata-kata kamu.

Pergilah jauh-jauh dari aku wahai manusia yang mengaku berugama islam. Aku menyampah untuk tengok muka kamu yang bodoh. Allah Tuhanku tak sayang sedikitpun pada kamu. Kenapa begini jadinya hidup. Lebih lama kamu umat manusia diBumi ini...... kebodohan semakin akrab mahu bersahabat dengan kamu. Teruk kamu ni. Aduh! Sakitnya aku.... Berdoalah kamu semua, semuga Allah keluarkan kamu dari kebodohan ini. Kebodohan kamu umat Islam hariini telah melampaui batas. Kembalilah. Berdoalah.

Doa adalah untuk meminta sesuatu. Doa juga sebagai tanda perhambaan kita kepada Allah Tuhanku. Dengan berdoa manusia menujukkan bertapa sesungguhnya manusia itu lemah. Doa juga dikatakan sebagai alat ketika kesusahan. Satu soalan perlu ke berdoa? Terpulang berdoa boleh tak berdoa pun boleh.

Katakan lah kamu ternampak seseorang yang sedang merangkak, lemah tak bermaya menuju kesebuah kolam yang kamu tahu sangat jauh. Pastinya orang ini akan mati. Sudah tentu dengan rasa kemanusian pasti kamu bantu malah jika haiwan kelaparan pun kita akan bantu. Tanpa perlu meminta kita akan menolong orang yang dalam kesusahan ini. Tak mampu kita membiarakan dia kehausan. Kita cuma manusia aje. Soalannya apakah perlu kita memohon sesuatu pada Allah? Fikir-fikirkan.

Sebenarnya dalam hidup ini seperti sudah kunyatakan ditulisan ku yang lain apakah Dunia ini. Semua kamu dengan pasti tahu semuanya ini tidak wujud. Semuanya adalah ilusi. Meminta sesuatu yang kita tahu tidak ada akan menampakkan kebodohan. Tidak malukah kamu dengan Allah Tuhanku? Meminta aja.

Meminta sesuatu yang tidak ada menujukan kebodohan sendiri. Hilang hormat orang dengan kita. Gila apa kamu ni.

Diatas para ini ada limau, epal, durian, nenas dan ciku. Minta apa mau mu. Iya kamu... mintalah pasti akan aku tunaikan. Kamu kata... "berikan aku timun"..... Woi! Bebal apa. kurang ajar betul budak ni. Buta ke? kamu tak nampak ke apa yang aku tawarkan. Pergilah jauh-jauh. Aku tak mahu berkawan orang gila macam kamu. Lebih baik aku berseorangan dari mempunyai kawan bebal dan kurang ajar. Iyakan!

Fahamilah. Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya):
  •  “Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) akan memperkenankan doa permohonan kamu…” (Surah al-Ghafir, ayat 60)
Firman Allah (mafhumnya):
  •  “Apabila hamba-Ku bertanyamu tentang Aku hai Muhammad, maka jawablah Aku (Allah) amat hampir dengan mereka, Aku memenuhi doa yang memohon kepada-Ku. Maka mereka hendaklah memenuhi perintah-Ku dan mereka beriman kepada-Ku agar mereka sentiasa mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Maka sekarang telah jelas kenapa doa kamu tidak Allah penuhi, sedangkan Allah janji pasti kan tunaikan semua permintaan. Mana mungkin Allah Tuhan ku berdusta. Silapnya cuma pada umat manusia. Kamu meminta benda yang tidak ada.

Salam. Jumpa lagi.






3 comments: