Thursday, 21 June 2012

UJIAN UNTUK JIWA....... eh! dah bermula ke. Bila?

Kaki-kaki yang berlari didataran Tuhan. Aku.... kamu... Ali osman.. Hambali.... serta Dhada..... Larian kita sebenarnya dah semakin laju. Ia... benar-benar laju sampaikan 'hantu Kak Limah' tak terkejar. Lihat Awie lari masa dia perasan ada 'hantu Kak Limah'. Ishk... ishk... ishk... laju betul. Ia..... laju Awie lari. Kelakar mamat ni.

Aku ni kira-kiranya peminat Awie. Manakan tidak.... itu aja pun makanan aku masa dulu. Kini Awie dah kira 'living legend'. Mantop!

Kita tinggalkan Awie.... apa-apa pun terima kasih Awie kerana memberi hiburan pada aku tatkala perjuangan rasa macam hambar. Layan la.... lagu Awie la pulak. Zaman ini dah ku lalui... Awie kekal Awie.
Foto Awie Wings

Hiburan mampu merawat 'jiwa'. Semasa kita menghadapi ujian diBumi ini.. Berkeluh-kesah ditinggal kekasih. Sakit 'jiwa' termasuk dengan raga-raganya sekali. Bagaikan dipalu 'jiwaraga' ini. Aduh! Aku Benar-benar sakit. Tidak tertanggung kita. Meleret sama datarnya 'jiwa' ini dengan Bumi.  Aduhhh... sakitnya. Kebetulan pula dicorong radio kedengaran lagu yang amat mengusik 'jiwa'. Terkesima sudah pastinya.

Benar!... hiburan mampu merawat. Hiburan juga boleh jadi makanan untuk 'jiwa'. Cuma soalannya hiburan yang bagaimana. Bacaan Alquran yang dialun dengan suara yang merdu juga baik untuk 'jiwa'. Ingat itu bukannya tujuan Alquran pada asalnya. Manusia 'eksplore' maka terbitlah begitu banyak kegunaan Alquran. Tulisan ini bukan nak cerita pasal Alquran tapi nak cerita pasal benda lain.

Hiburan yang dari Barat telah melampaui batas serta norma-norma kemanusian itu sendiri. Industri hiburan adalah yang paling menguntungkan. Ia adalah perniagaan yang tidak pernah surut-surut di negara Barat. DiMalaysia kalau kita perhatikan pernah satu ketika panggung wayang dah tiada peminat... hampir lumpuh. Banyak panggung wayang dah jadi Restoran. Begitu juga dengan konsert yang mengegarkan bumi juga sudah hampir musnah. Ramai pemuzik dan penyanyi dah jadi pekerja kilang kicap ataupun roti.. Ha ha ha.

Kini di pertengahan 2012 peningkatan Industri hiburan yang saya nyatakan tadi kini meningkat naik secara mendadak. Mamat Khalid dengan Awie tak ada kene mengena. Mereka-mereka dari 'dajjal n clan' telah tiba. Kedua-dua industri ini akan melonjak naik. Mana-mana umat yang melibatkan diri dalam industri ini akan kaya sekaya-kayanya. Wang ringgit akan dilimpahkan. Bukankah mereka itu yang mengawal Bank Dunia. Pastinya!

Misi mereka ialah meleka dan melalaikan kita umat manusia di Malayasia... bukan Islam sahaja tersihir tapi semuanya umat manusia akan tersihir. 

Atas alasan ini jugalah kenapa ramai mufti tak perasan banyak salahlaku Ketua-ketua kerajaan dan Raja-raja melayu. Mereka Alim Ulama juga tersihir... pelik air zam-zam dah tak ampuh lagi ke? Air zam-zam pun ada imitation kot? Itula pasal Jin Samsuddin minum pun ok. Dia ni bapak segala Jin di Malayasia. Satu-satunya Jin didunia yang dapat TanSri.... Tansri ni boleh dimasak ke? Gila aku ni.

Dadah-dadah murah akan muncul. Cuma murah pada yang mampu. Wanita, dadah dan arak melambak dipasaran... Dunia hiburan sebagai hijab menutup ketiga-tiga racun tersebut. Ketiga-tiga racun ini dimamah oleh Sultan Selangor aka Luncai macam gula-gula. Itu dia Tuhan untuk Ustad Kazim Elias. Shuuut.... taruk jari dimulut. Biarkan... biarkan... biarkan siLuncai terjun labu-labunya. Bukan aku yang kata tapi siKazim Elias. Kalau nak marah..... marahlah siKazim tot tot.

 siluncai dan bidadari dari syurga
 Untung dari industri hiburan terlalu banyak. Semuanya mereka yang terlibat secara langsung dengan Dunia hiburan telah dibanjiri uang. Ramai yang mati lemas dalam kekayaan ini. Maksudnya mereka mati dalam tengah-tengah kaya raya itu. Anak-anak pula menyambung kerja yang sama dan berjaya juga. Eh! Dunia ni dah tak ada Tuhan ke? Dah mati apa Tuhan kita? Pelik.... Allah dah buta ke? Dajjal telah menjadi Tuhan alam nyata. Ibliss pastinya telah lebih dulu menjadi Tuhan diAlam Kegelapan. Pastinya.

Hiburan ada kerja khusus. Hiburan ini bukan sesuatu yang mati. Hiburan adalah makhluk yang hidup sama macam kita. Hiburan itu sendiri adalah IBLISS. Manusia akan lalai dan leka... Eh! ada ujian untuk jiwa... Bila mulanya? Khayal semua manusia.

Ibliss telah berjaya. Benar Ibliss telah lama berjaya. Ibliss adalah penipu paling hebat yang telah Allah cipta dan ajarkan. Diturunkan Ilmunya pada Dajjal demi menguasai Dunia ini.

 Dajjal juga Allah Tuhanku yang ciptakan. Dajjal ini punya kekuatan fizikal dan iltizam yang sangat-sangat kuat demi mencapai kejayaaan. Belum pun ada makhluk yang setanding Dajjal hingga kini. Ilmu sihirnya mengatasi segala-gala yang pernah kamu tengok dalam bentuk filem atau baca. Jin dan Syaitan tunduk dan patuh pada Dajjal. Dajjal bergerak sepantas angin sahaja.... tidak lebih dari itu. Cukup pantas mengatasi kapal terbang Jet yang paling laju pernah dicipta manusia. Dimanakah dia sekarang? Aku pun tak tahu. Dia pun tak tahu aku kat mana. Kesian Dajjal.

 Ugama yang Nabi Muhammad bawa cuma bersifat zahir di tambah 'silibus' baru. Ilmu spritual yang entah apa-apa. Zikir banyak-banyak sampai sejuta. Malaikat duk kat belakang sisufi pun kena kira sama. Mana lah tau tak cukup ke?.Jangan buat gila bro.... maunya tak cukup dibilang siSufi cukup. Who want to answer to my BOSS?... Tak dapatlah kasyaaf. Entah la.

Untuk apa? zikir sampai 100 000. ALLAH gila nombor ke? Burger Mcdonald yang sedap sangat tu pasal siMcdonald dah masak banyak-banyak burger. Iya ke? Sedap sebab siMcdonaldnya bijak dalam masakan. Habistu yang zikir banyak-banyak tu bijak ke? Yang peliknya yang SIFU MASTER mengajar pun tak faham tapi anak murid pulak terlebih faham. Dua-dua diam tak bercakap lepas habis kuliah. Faham benarlah nampaknya. Lepas kuliah Sifu master tanya faham ke? Tak bunyi... ok la tu. Boleh la aku balik. Masuk fasa kedua Ilmu Kesufian.... yang ni lagi best... layan.

Marilah hampir dengan ku..... supaya jelas apa yang nak aku nyatakan. Hampir lagi...... hampir lagi. Ini Ilmu tinggi. Hampir lagi rapat.  Teru rapat. Jangan bagi ruang iblis menyelit. AAA. Cukuplah. Kalau dah sampai lutut bertemu lutut melampau. Lelaki dengan lelaki ok. Macammana pulak yang perempuan jika bertemu lutut dengan Sifu lelaki. Failed... Disinilah bermulanya ajaran sesat yang pada asalnya sangat ikhlas untuk mencari Allah. Nikmat 'syahwat' Seks dan perempuan yang mereka temui. Gagal 'jiwa' ini..... kesian dia. Terpeleot! Apa jadi dengan Ayah Pin... ugama disamaratakan.

Ujian untuk 'jiwa' bagaikan tidak disedari. Eh!..... ada ujian ke? Bila mulanya?. Tersedar cuma bila nyawa dah sampai kat anak tekak. Kojol jasad ni sama macam lipas kena pijak. Screeet. Hancussss.

Rugi segala-galanya. Setiap dari kita cuma mahu keseronokkan. Boleh tiada salahnya cuma jangan melampaui batas. Tolak semuanya jika ianya menyimpang dari prinsip yang kamu telah tetapkan sendiri. Apakah prinsip kamu?
  •  "Saya tidak mahu tinggal solat".... ini bukan prinsip. Ngok! Solat adalah tuntutan ugama. Ibadah wajib tu mana boleh jadi prinsip..... bernazar apatah lagi. Haram hukumnya jika kamu meletakkan apa yang telah menjadi kewajipan dalam ibadah sebagai prinsip. AAAAA... itu baru keazaman aje pun.

Prinsip ini bagaikan lorong-lorong kecil atau pun denai untuk laluan ke tempat tujuan. Sana pun boleh ikut... sini pun boleh ikut. Semuanya benar-benar belaka. Petakan prinsip dalam minda kamu. Banyaknya! Ialah kenapa tak percaya ke? Susun semua nya prinsip kamu bagaikan semut hitam yang berbaris panjang. Beratur elok-elok. Semakin kamu berfikir semakin banyak prinsip-prinsip yang kamu tambah. Satu... satu... satu.. Manusia bijak punyai terlalu banyak prinsip. Tak tersesat pun. Kita pasti dapat susun biar banyak mana prinsip kita. Susun semuanya molek-molek.... Ihsan dari Allah Tuhanku. Nanti akan timbul keajaiban yang semua manusia mahu... mahu tanpa usaha..... cit tara baca punya worang.

Prinsip berada ditinggkat 6 atau 7 jika kamu letak cuma 10 tinggkat aja "nilai hidup sebagai Islam". Prinsip ini akan kita masukkan dalam hala tuju perjuangan "akhir zaman". Mahukah kamu menjadi pejuang akhir zaman? Pasti mahu tapi buktikanlah dengan kesungguhan. Allah menilai kamu setiap detik dan tika dimana-mana pun. Dhada... do you understand me?

Hiburan pastinya keseronokkan. Ialah kalau tak seronok 'jiwa' tak terhibur apa kejadahnya.Libur.. Hibur. Lihat ini.... Mamat ni punya prinsip..... "Aku punya prinsip ialah... aku menolak apa-apa aje hiburan jika ianya menjadikan kurangnya ibadah sunat yang telah aku amalkan sekian lama".  AAAAA.... baru hebat! Ini barulah prinsip. Prinsip adalah sebagai tambahan demi menyempurnakan yang wajib. Biar kita hebat disisi Allah. Prinsip yang sangat banyak ini dipetakan di minda. Ia berfungsi bagaikan radar.

Jika kamu betul-betul dan bersungguh-sungguh pastinya nanti biar sekecil manapun musuh kamu... dia tidak ada tempat pun untuk bersembunyi..... tot... tot... tot..... dey mana mau pergi? Sukarnya Ibliss mahu menipu kamu. Inilah caranya prinsip-prinsip bekerja untuk kamu... Cuma kamu.

 Kita lihat sukan bolasepak yang kita hadap hariini..... saban hari diTV telah dipesongkan. Jika dulu yang minat tengok bola cuma yang benar-benar minat dengan sukan ini. Yang menonton 85% nya melibatkan diri dengan bolasepak. Kini makcik pun Manchester City.... Ronaldinho..... kaka... kiki... kuku. Tiba.... GOLLLLL aje makcik pun bersorak sama.



Makcik ini tidak tahu pun seni keindahan dalam sukan bolasepak. Makcik ni tak tahu pun apa itu rentak permainan dalam sukan bolasepak. Hairan aka pelik bagaimana Makcik ini boleh terhibur. Sampaikan sarapan pagi dah tak mampu nak buat.... Buka tudung saji... Eh mana sajinya? Ralit dia. Leka dia.

 Tertanya-tanya kita dimana seronoknya Makcik berjaga tiap-tiap pagi demi EURO 2012.

 JAWAPNYA... kamu semua telah tersihir. Siapa yang sihir? "Dajjal n Clan" punya angkara. Sukan bolasepak sudah jadi hiburan yang melalaikan bukan sahaja ibadah sunat terganggu malah ibadah yang wajib pun kamu pinggirkan. Bila kamu dah selalu Qada' solat Subuh demi Euro..maknanya kamu sudah mula meminggiri Allah Tuhan kamu secara pelahan-lahan. Gila apa manusia.

Hiburan bolasepak sudah jadi lebih utama dari ibadah wajib. Tak malu ke kamu dengan Allah? Aku malu.... tapi kamu?. Bilamana kamu ada maasalah Allah kamu jadikan tempat mengadu. Allah belai dan redakan segala keluh-kesah kamu... tidak pernah Allah mungkir walaupun sekali. Itu pun jika kamu dapat merasakannya. Aku dapat merasakannya. Jiwa aku dimanjakan. Hebatnya. Kamu entahlah.... Bagaikan Bumi ini telah berhenti dari berputar. Bagaikan telah musnah semuanya Alam ini, cuma ujud aku dan Allah. Allah benar-benar wujud pada ketika itu.

Sukan bolasepak yang dinikmati hariini telah menyihir bukan hanya umat Islam tapi seluruh penduduk Bumi. Sukan bola sepak adalah haram untuk aku dan keluarga aku. Apakah aku ini melampau? Tidak pastinya..... kamu yang bodoh. Aku benar-benar pasti!

 Marah betul makcik ni. Dia tahu aku kutuk dia.. Bongok... Pelik! How come you know aku kutuk kamu?. Berry berry sori lah Aci! Thousand apologies Aciiii.

Aku tercari-cari siAlim yang berada diBumi Tanah tumpahnya darah ku ini. Kamu main sembunyi-sembunyi dengan aku. Keluar lah cepat. Dalam bekerja pun siAlim nak berseronok dan main-main. Wahai Ulama kamu membiarkan umat Muhammad ini terkebil-kebil.... tak tentu arah... Akhirnya semua sekali termasuk Sialim tertumoih dalam longkang. Baru padan muka. Busuk taknak aku kawan geng jatuh longkang.

Seronok-seronok aje siAlim buat kerja. Alim yang ramai... Ulama yang sepatutnya bekerjasama membangunkan minda masyarakat untuk lebih mengenali Allah juga tidak mengenali dirinya sendiri. Bagaimana umat Islam ini hendak diangkat tinggi setanding dengan penganut ugama lain jika SIFU MASTER dah terpeleot lebih
awal. Hampehhhh!.


Sifu Master aka Mufti seringkali terpeleot. Melayang terawang-awang tidak juga terbang. Pusing-pusing keliling sampai pening dan muntah tidak juga gila. Mufti yang kerjanya cuma  berfatwa aje pun terpeleot.


Mufti..... Tan Sri Hairansanasini
 Kerusi dia yang dia duduk dah sampai berkulat..... cendawan pun dah tumbuh.... Punya lama pegang jawatan Mufti. Punya seronok kerja mengampu kerajaan dan Raja-raja melayu. Orang tua ni terpeleot lama dah. Murtad dia ni lah yang gembar-gemburkan.... alih-alih tak ngaku. 100 000 orang dah murtad mana datanya kita nak tengok.

Jika benarlah sedih juga... ialah kenapa 100 000 ni keluar. Islam tak best ke. Islam tak jaga umatnya ke. Islam ugama penipu ke. Pasti ada alasan untuk keluar dan menganut ugama lain. Inilah kerja Mufti cari punca masaalah. Tubuhkan satu 'team' kesan dan selesaikan masaalah. Jangan aja duduk atas kerusi yang dah bercendawan tu. Riuhkan aja suasana nampak macam bikin kerja tapi yang nyata..... menikus... tetikus.. kus...kus. Malas. Tersandar kenyang sangat makan. Hidup mewah.

Memanglah dari raut wajahnya pun dah tergambar...... cannot be trusted. Dia inilah yang dikata pendusta dalam ugama. Yang peliknya dia ceramah cerita pasal ulama suuk. Habisnya siapa dia yang ulama suuk. Jawapannya semua kamu adalah ulama suuk dan  inilah yang manusia gelarkan Alim-alim kucing. Sana kencing sini kencing habis semua sudah hancing.

 Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi ada bersabda:
  •  “Sesungguhnya contoh ulama di bumi samalah seperti bintang-bintang di langit yang dijadikan sebagai pedoman atau kompas memandu manusia ketika gelap gelita di darat dan di laut. Apabila lenyaplah bintang-bintang itu hampir menjadi sesat bagi orang yang mahu mendapatkan petunjuk.”
 Ulama ini tanpa malu-malu menyatakan..... "Ulama adalah pewaris nabi. Yakni menyambung tugas nabi.... maka semakin jauh kamu dari ulama semakin jauh kamu dari Tuhan. Semakin kamu benci ulama semakin jauh kamu dari rahmat Tuhan". Soalannya adakah Insan ini siAlim ini hampir dengan Tuhan. Tengok wajahnya betul-betul. Soalan lagi.... adakah Insan ini disayangi tuhan dan Allah melimpahkan Rahmat keatas susuk siUlama ini. Tengok wajah dia betul-betul.


 Dato' Noh Gadut aka pengampu Sultan Johor
Islam yang dianuti hariini bukannya 'genuine' lagi. Islam hariini telah ditarah-tarah sampai mendatar sampaikan hendak duduk sama aras dengan ugama lain pun sudah tidak mampu. Islam telah gagal untuk diguna pakai bagi merahmati seluruh umat manusia. Lebih malang lagi...... Islam adalah ugama yang paling teruk kemusnahannya. Kenapa tidak? Dalam keadaan rosak luaran dan musnah serta telah mati kekuatan spiritualnya... Ketua-ketua ugama Islam masih mampu untuk mengkafirkan semua ugama selain Ia. Allah dan Syurga adalah milik mutlak orang Islam sahaja. Iya ke? Jiwa nak kemana kamu?

 Ia satu kenyataan yang sukar untuk diterima... hinggakan nak menulisnya pun saya terketar-ketar. Kerana apa? Kerana sayangnya saya dengan Islam yang dibawa oleh Muhammad.

Wahai! Muhammad utusan Allah..... umat kamu telah hancur sedikit demi sedikit. Hingga sekarang ini cuma tinggal nama sahaja. Cuba kita tanya.... " saudari ugama apa?" "Islam lah"... jawapnya pantas. Nah kita lihat pakaian saudari yang dengan pantas mengaku Islamnya. Lihat! Kamu lihatlah sendiri.

tiz zaqyah
 yang pompuan tak cukup kain.
 yang lelaki tak cukup vitamin... keding macam belalang

Ini adalah anak orang melayu. Ini anak orang Islam. Ibubapanya dimana? Apakah sudah mati ibubapa kamu wahai perempuan?. Gila apa manusia. Yang lelaki pulak cuba kita tanya.... " saudara apakah ugama kamu"...... "mestilah Islam.... lu apahal"....... kita dimarahnya. Lihat pakaian mereka.. lihat dengan mata kamu. Anak siapa ni? Jin kot..... kalau anak manusia mana ibubapa mereka?.  Hancusss!


Kita baru tengok luaran.... "superficial"  bukan Islam. Islam ini dalaman... kukuh " Eh menjawap pulak tu. Suara siapakah yang kita dengar tadi. Pastinya Ibliss. Ibliss telah mengerah semua tenteranya bilamana Nabi Muhammad wafat...... mereka bekerja keras selamanya tanpa henti. Adakah MALAM untuk Ibliss dan kuncu-kuncunya. Tidak ada. Malam cuma untuk manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Ibliss dan kuncu-kuncunya bekerja tanpa henti tak penat-penat 24 Jam selamanya. EEEEEEE.. kuatnya tak kuasa. AWWW!

Islam adalah apa yang kamu nampak dengan mata kamu. Pakaian..... apa yang kamu pakai.
 Firman Allah yang bermaksud;
  • Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.”  An-Nur (24):31].
Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan.

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,
  • Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

 inilah pakaian muslimah yang betul

 Umat Islam hariini gagal menonjolkan pakaian Islam sebenar. Mereka bertudung tutup rambut aja. Baju dan seluar punyalah ketat. Ibubapa sudah tak peduli cara berpakaian anak-anak mereka. Asalkan dah tutup rambut dah Islam lah tu..... cukup. Kenapa begini miskin faham-faham ugama kamu.

Kita belum lagi masuk bab akidah..... luaran pun sudah musnah..... musnah semuanya. Nanti dulu belum musnah lagi. Ada persoalan baru masuk sebentar tadi..... katanya dari Utara.... orang Perlis. Apa nama Cik..... "Azizah"...ok teruskan. Ini persoalannya.......

  • Azizah...... Bukankah Ujian untuk 'jiwa' telah bermula walaupun apa pakaian yang kita pakai.? Jiwa yang diuji bukanya jasad. Allah melihat hati-hati kita apakah kita benar-benar ikhlas. Engkar bab berpakaian bukankah cuma isu kecil?
Ia benar aku mengerti itu tapi apa perlunya kamu meneruskan ujian. Tidakkah kamu mahu Allah sayang serta mencintai kamu... jika yang kecil bab berpakaian pun gagal untuk akur perintah Allah. Macam mana mungkin kamu dapat menghampiri Allah. Dapatkah Allah itu dikenali dengan kedegilan ini. Fikirkan.
  • Azizah..... Bagaimana pula jika pakaian dah ok tapi perangainya buruk... mengumpat, tidak solat, kasar bila berbahasa macammana? Apakah ini jiwa yang lulus ujian?.
Eh.... kamu tanya aku pulak aku bukan Tuhan. Kamu adalah kamu mengikut apa yang kamu tafsir dan amalkan seumur hidup kamu. Tafsiran yang benar untuk apa hidup dan kenapa kamu berada disini. Semuanya wajib jelas dan terang serta kamu amat-amat faham. Pastinya! Amalan kamu seharian dari ibadah wajib hinggakan hubungan sesama manusia ikut apa yang Nabi Muhammad bawa. Pastinya semua dituruti dengan ikhlas. Sempurnakan semuanya tak tertinggal satu pun. Faham Cik Azizah?
  • Azizah....... Ini pula.... pakaian sexy tapi baik sesama manusia, solat sempurna setiap rukunnya... hormati orang tua, murah hati serta dermawan bagaimana pula? 
Kamu tanya aku lagi..... aduh...! Kenapa kamu ni bengap sangat cik Azizah? Kenapa? Jika kamu bukan Islam, Buddha misalannya untuk apa solat cara orang Islam. Kemudian setelah mahir dan sempurna rukun kamu mahu apa? Hadiah dari Tuhan?

 Wahai Cik Azizah.  Kamu pakai bagaimana orang Buddha berpakaian.. tak perlu tutup aurat. Kemudian kamu solat dengan khusyuk. Itu yang kamu mau. Akur dan taat kepada Yang Esa..... yang diterapkan dalam solat tidak sampai kepada kamu Cik Azizzah. Pada siapa kamu tunduk, rukuk dan sujud semasa solat? Ibliss ke? Babi Hutan ke?

 Semuanya kita tunduk, rukuk dan sujud cuma pada Allah ketika solat penuh khusyuk. Ibadah solat yang dilakukan sekian lama..... dari kecil 6 tahun hingga sekarang. Kita jadikan ia sebagai amalan. Maka akan terpancarlah diwajah kita "keislaman". Maka barulah kamu ini sah sebagai orang Islam. Faham Cik Azizah? Dah pergila balik mak kamu dah talipon.... Gi balik.

Setiap ugama dari langit yakni ugama samawi, Kristian, Islam dan Yahudi akan dirupakan pada penganutnya. Setiap mereka punya wajah yang tersendiri. Ketua-ketua ugama mereka yang betul-betul mengamalkan prinsip ugama yang dianuti pastinya boleh nampak wajah-wajah ugama yang saya maksudkan. Mereka juga dapat mengenal sesiapa yang telah murtad..... keluar dari ugama masing-masing.


Kita orang Islam pastinya tak kurang hebatnya. Semuanya kita yang 'jiwa'nya Allah uji dibekalkan kelengkapan yang sama-sama cukup. 'fair and square' Allah Tuhanku adil pada ketika itu. Tiada pihak yang dimusuhi ataupun dizalimi oleh Allah. Semuanya kita ciptaan Allah, pastinya setiap satu 'jiwa' disayangi sama taranya. Pilih kasih atau pilih bulu cuma wujud dalam dunia manusia.

Allah Tuhanku Sayang semuanya kita.

Salam Jumpa lagi bye.




24 comments:

  1. Percubaan. Ini adalah percubaan untuk komen pertama aku sempena pembukaan blog baru aku.

    ReplyDelete
  2. Percubaan...percubaan..

    tret tet tet...

    dh

    ReplyDelete
  3. abu aku pening kepala...

    perubahan menyakitkan jiwa yang tidur lena.
    namun aku suka menyakitkan diri. kerana aku mahu paksa jiwa aku agar berjaya.

    aku on the way..
    nanti aku ketuk satu-satu bilik lecturer agama dan sampaikan kata-kata kamu tu...

    lepas tu aku ketuk kepala sendiri.
    ketukan yang paling kuat.

    anak aku masih kecil. dan kini aku merancang dan ingin menjayakan apa yang aku mahu.

    teruskan abu.. jangan berhenti.



    dhada

    ReplyDelete
  4. Diri sendiri perlu betul, betulkan sekeliling. Dan ia akan merebak. Malah tiada ruang utk curi-curi makan. Lagi pula untuk pendukung pertama bagi gerakan semula. Latihan keras sebenarnya untuk kita. Dulu zaman Nabi dan sahabat banyak amalan yang sunat tapi nabi sangat tegas untuk implement pada sahabat-sahabatnya. Seperti bangun solat malam utk sahabat yang berjuang di medan perang. Solat jemaah juga begitu. Kerana mereka perlu memberi satu guideline untuk sepanjang zaman. So tak boleh malas-malas. Begitu juga dengan kita. Mahu saja aku sediakan mesin penyebat untuk 'pembela akhir zaman' supaya tidak malas dan bertangguh-tangguh..

    dhada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dhada, kamu ni insan gigih bukan tong kosong jika ditambah dengan keberanian gajah pun boleh terduduk. Ia GAJAH yang besar tu.... sizirafah yang kuat menjeling pastinya patah tengkuk.

      Teruskan aku kenal kamu cuma melalui baca dan tulis... apakah Nasuha yang sering komen di jeneral mahdi itu kamu atau Annur... lebih berat aku pasti kamu Dhada yang komen. Banyak juga menepati ramalan kamu.

      Aku pun jadi takut... siapa pulak Minah nie... ada sixth sense la pulak.

      Kamu kena hidup dengan pasti setiap besok paginya kamu tetap akan bernyawa. kamu belum bole mati. Aku benar-benar pasti. Jasad dan Ruh tiada nilai ia cuma bagaikan Radas dimakmal Sains.

      Jika Allah palit satu tanda pada jasad kamu biarpun satu titik noktah. Kamu sudah tidak boleh dianiaya musuh. Kamu dibawah naungan Allah.

      Kamu jauh dari aras jiwa yang begitu. Masih terlalu banyak tangga nak didaki... ada anak kecil lagi.... tapi Jiwa sangat kuat ia boleh menanggung lebih dari itu.

      Cuma Fizikal yakni jasad perlu lebih disayangi. Hargai dia. Berikan Jasad supplement dalam bentuk vitamin. Bersenam wajib. Pelahan tapi dengan gigih.

      Salam Jumpa lagi bye

      Delete
  5. Nasuha itu Annur. Nasuha a.k.a Suhana.
    Daleane Hada a.k.a Muhdalena

    dimana-mana itu Annur wahai Abu.
    Dialah adikku yang dicaci maki di sana sini.
    Namun aku kakaknya yang datang membela.

    Ya, aku belum boleh mati. Aku tak mahu mati lagi.
    beri aku tangguh ya Allah...
    aku tak mahu mati lagi. kerja aku banyak ni.

    dhada

    ReplyDelete
  6. Memahami secara lisan agak mudah. Tapi utk menjiwainya rasanya mmg susah. Iblis dan nafsu bagi aku sangat kuat. Aku langsung x boleh bersikap sombong dan angkuh dgn makhluk ini. Jika tidak habis aku. Rasa seolah diserang dari pelbagai penjuru. Rasanya pun tahap aku mcm sangat terkebawah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hambali..... kau buat solat tahajjud dan puasa sunat. Ini kiranya Vitamin untuk jiwa.

      Tanpa solat Tahajjud dan puasa pun kamu masih boleh sama berganding bahu dengan aku. Kita sama cuma tak serupa.

      Wahai Hambali,..... aku, kamu, Ali Osman serta Dhada berada disini 'NOW' bukan satu takdir. Kita dengan payah dan sakit cuba untuk bersatu.

      Jiwa sangat kuat... baru sikit bro... Aku sayang kau Popai

      Delete
  7. Hambali, kamu jangan kalah.
    Jangan kalah. Bukan kamu sombong, tapi semangat itu yang dilemah-lemahkan.

    Kamu jangan kalah sebelum berjuang. Aku tak suka.
    Bangun dan berjuang, tangan kanan putus, tangan kiri masih ada.
    Semangat juang itu menghilangkan rasa sakit tangan yang putus. Seolah tiada rasa itu.

    Maka kamu Hambali, bangun. Aku tak mahu kamu terduduk. Bangun.

    Dhada.

    ReplyDelete
  8. cuba kamu copy paste kan kata-kata nasuha yang acah-acah bersemangat tu. aku tak jumpa pun..
    hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak tulisan nasuha tu.... gi cari

      Delete
  9. Hai Abu..
    Pagi ini kita masih bernyawa...
    takpe. annur adikku,
    berbual bersama akan keluarla semua idea gila tu.huhu.

    hari tu kami tgk wayang cerita snow white.
    sambil menonton kami saling berpandangan, aku kata pada annur..
    ''snow white org Islam''.. huhu kami ketawa.
    annur pula menyambung, ''annur org melayu''..

    huhu.. kami menahan ketawa kerana dalam panggung wayang..
    nampak pula scene melalui laluan antara gunung, lalu aku katakan padanya,
    ''tu golongan Aryan'' huhu..

    banyak sgt baca mistisfiles...

    dhada

    ReplyDelete
  10. pembetulan,
    annur kata, ''snow white org melayu''

    ReplyDelete
  11. Dhada,

    Best ke Snow White..... what do yo mean by that... ialah kenapa Snow White memang melayu ke? Nanti aku nak tulis pasal Shakespears ada cerita menarik.

    Lama dah kami tak tengok Wayang last "pirate of the Caribean".... cerita melayu susah nak tengok sebab idea jalan cerita selalu hambar.... bukan taknak sokong tapi kalau Mamat Khalid ngan Awie jadi kelakar aku suka.

    Manusia macam kita yang telah faham untuk apa hidup.... ketakutan bagaikan sudah tidak ada. Mereka yang punya KUASA kena hati-hati ngan kita jangan sampai bertembung. Nanti dua-dua swith on. MELETUP.

    Jarak diantara yang punya KUASA... yakni kerajaaan yang memerintah ngan kita tak jauh. Kita pernah berselisih bahu dan pastinya mereka tidak perasan kita.

    Aku cuba menjauhi BERSIH 3 DAH BERJAYA... aku gi Madinah masa tu.

    Kenapa aku cakap pasal ini ialah.... dgn faham yang benar untuk apa hidup... Kita pastinya semakin sayang semua sekeliling kita. Musuh sekalipun kita sungguh2 sayang. Tak mau aku pukul kamu walaupun kamu pastinya hendak bunuh aku...( kalau mampu )

    Dhada faham kan... ini penting.
    Kemanisan dalam hidup kita tidak banyak sebenarnya. Selama-mana tugas tak disempurnakan lagi aku dikejar apa yang manusia hariini maksudkan sebagai TAKDIR..... mana manisnya hidup..

    Ibarat selepas makan nasi..kita sering nak makan desert atau yang manis-manis.

    Itulah aje pun kemanisan dalam hidup... kalau kamu nak tahu.

    Dhada.. antara satu TAKDIR dgn takdir yang lain pemisah cuma masa. Tika dan saat berdegup bagaikan deguppan jantung.

    Kamu telah meletakkan diri kamu berlari bersama aku. Disaat keluarga dan masyarakat menjauh diri dari aku. Kamu, Ali osman dan Hambali menyerahkan leher untuk aku penggal. Siapakah kamu ini?

    Malaikat ke?

    Dengan faham yang begini aku teruskan hidup hari demi hari. Aku kira hari satu... satu... satu... sejak aku 3 tahun sampai 47 tahun. sakitnya aku tak tertanggung.... sendiri selama ini. 47 tahun sendiri. Aku cuma Makhluk bukan Tuhan.

    Aku ucapkan terima Kasih yang paling2 tulus kepada kamu semua Hambali, Ali, Dhada sekeluarga dari aku manusia yang diberi Petunjuk oleh ALLAH Tuhanku. Cuma aku.

    Salam Jumpa lagi bye.

    ReplyDelete
  12. Kami bergurau je.. bukan snow white org melayu..
    cuma ada satu part tu snow white yg dikurung,lalu berdoa.
    aku pasti yang mgabulkan doanya adalah Allah.

    abu..lagi 2 hari birthday aku. sekiranya aku dihadiahkan gajet elektronik paling canggih, dan ada surprise party, aku pasti aku tentu tak gembira.
    ntahla.. selalu saja disaat orang berkumpul dan bergembira hati aku tak seceria itu lalu melupakan segalanya. tidak..

    entah kenapa. terkadang, dalam keramaian aku bersendiri.

    abu, kamu mahu berperang dengan kerajaan ke?
    kamu ni panas baran ya.huhu. mungkin kamu tak perasan.

    takdir..masa...takdir..masa...takdir...masa..

    semalam aku sedih, tapi aku tahankan saja.
    yelah..betul kata kamu...
    kemanisan dalam hidup ialah desert di hotel-hotel tu..

    skrg ramai juga orang buat kek cawan. yang tu pun manis juga.
    kek chocolate moist pun sedap juga ye..

    selebihnya, jiwa kita ni asik menangis je..

    bagaimana aku harus memberi erti pada anak-anak aku tentang kehidupan ini?
    aku selalu berpikir sendiri..

    dhada

    ReplyDelete
  13. aku suka nonton filem hollywood.
    mmg best. lantokla org nak kata freemason ke apa.
    sambil nonton, sambil aku berpikir.

    mmg banyak mesej tersembunyi.
    baru-baru ni aku tengok cerita Puss in Boots, Catch me if you can(leonardo dicaprio),In Time (Justin Timberlake),dan banyak lagi.

    tak dapat dinafikan cerita mereka memang bagus.
    snow white pun best juga.

    ha..nanti aku baca post kamu yang terbaru ni ya,,

    dhada

    ReplyDelete
  14. Dhada, kamu sudah tahu siapa aku. Simpan dan tak perlu cerita pada orang lain nanti kamu dituduh gila.

    Aku bukan orang kaya cuma kebetulan BOSS bagi rezeki kat kami pada ketika tu. Aku ajak Ali Osman teman kan aku untuk Umrah.

    Aku ni rasa bersalah kat Ali Osman tak jadi buat umrah.... Bersih 3 dah tamat kat Malaysia. aku masih di Madinah masa tu.... masih sakit tidak boleh tidur. Ali Osman jaga.

    Aku tidak tidur sudah 3 hari dari mula BERSIH 3. Tiap kali aku terlelap aku didatangi ramai orang. Aku tak suka. Ali Osman Tak nampak... cuma aku. Aku dah tahu perkara didatangi orang ini. Sudah biasa sangat.
    Memang aku tak suka berada disitu.

    Aku call Isteri aku suruh belikan tiket balik 2 orang secepat mungkin. Isteri aku dapat 2 tiket MAS untuk besok malamnya. Aku ada 24 jam lagi penuh ketakutan tapi masa dah kat Hotel diJEddah. Duit aku ngan Ali Osman cuma cukup-cukup aje. Habis cuma tinggal untuk makan dan minum kat Air port Jeddah. semuanya aku tak tido lebih kurang hampir 5 malam dan tak makan cuma minum ake hampir 3 hari. Perut aku dah tak ada isi.

    Bini aku aku dah suruh standby belikan aku ubat tidur kat klinik. Bini aku dah biasa insiden ini. Aku kahwin 11 tahun diterlalu faham. sampai rumah aku makan 2 mangkuk besar laksa. Makan ubat tidur 3 biji punya banyak. Aku nak tidur 16 jam nak recover semua letih dan lapar aku. BOSS cuma bagi aku tidur 4 --- 5 aja. Aku dah bangun dan makan lagi 2 mangkuk laksa.... masa ni bini ngan anak aku dah tidur lena. Aku habis kan balance 2 biji ubat tidur aku tidur balik 10 jam.

    Aku sedar lepas 10 jam tidur tu. Baru aku tau aku dah sampai rumah. Aku lalui hidup macam ZOMBIES 48 jam. Gila betul. Baru aku peluk isteri ngan anak aku betul2. Rupanya semua yang aku buat dari naik kapal terbang dari JEDDAH sampai aku bangkit 10jam tidur terakhir tanpa JIWA.... cuma jasad dan ruh. JIWA aku terkandas 24 jam kat Air Port JEDDAH. Entah apa dibuatnya kat situ cuma BOSS aje yang tau.

    Wahai Dhada.... aku tak berani cerita kat sesiapa kecuali Isteri aku dan anak aku kerana tak siapa akan percaya semua ini. Cuma kamu.

    Baru aku sedar semuanya duit BOSS bagi aku RM18 000 sekadar untuk lari dari BERSIH 3. Habis dah semuanya.

    Salam Jumpa lagi. Bye

    ReplyDelete
  15. Aku ceritakan beberapa ilmu kamu kepada kawan aku. mereka mmg suka mendengar pendapat kamu khalil. Tapi dah menjadi kebiasaan aku kalau perkara yg aku nak ceritakan itu milik seseorang maka aku secara x langsung mengikut gaya bahasa dan karektor org itu. Khalil kalau bercerita mmg penuh yakin dan bersemangat. Kata2 yg aku keluarkan semasa memberitahu kawan aku mmg penuh yakin dan sombong. Tapi aku lupa, aku bukan khalil. Tu yg aku kena kacau tu. Pasal tu aku cakap 2 makhluk tu kuat bagi aku. Harap2 jgn la dia kacau aku lagi.

    ReplyDelete
  16. Hambali, ok la tu. Aku nak suruh Ali ambil kekuatan aku dia tak mampu. Dia tak boleh jadi aku kata dia.

    Aku kenal ramai juga orang dulu masa aku hidup dgn masyarakat manusia. Aku ini boleh menilai manusia cuma sekali lalu aja. Selalunya aku jarang salah dalam menilai biarpun sekali imbas aku lihat insan itu.

    Kau aku dah kenal lama-lama... kau sebagai manusia sudah cukup-cukup baik. Aku nak kau ambil semua kekuatan yang aku ada biar jadi kau lebih baik dari aku. Pidato kau kemaskan lagi. Kita nak menawan Dunia dan aku nak kau ikut aku walaupun terpaksa diseret. Kita tidak sombong tapi kita datang dengan keangkuhan dan kekuatan. Kita datang dengan pakaian pejuang. Kita nak mengegarkan Bumi. Pastinya.

    Apa yang aku tulis pastinya dari Allah. Aku bukan pendusta tapi Aku lelaki yang diberi petunjuk. Aku bukan Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu.Benar-benar bukan. Fahamkan Hambali.

    Aku Khalil Afandi bin A. Hamid

    Salam Jumpa lagi Bye

    ReplyDelete
  17. 1Malaysia semua...

    Daripada anda semua blog atau ber-facebook 24jam tak dapat sesen pun, ada baiknya sambil sambil invest beli share syarikat di Europe. Bulan bulan dapat duit, stable monthly income. Lagi banyak yang di invest, lagi besar dapat tiap tiap bulan.

    Dengan RM 2300 boleh mendapatkan anda RM 310 tiap-tiap bulan, Dengan RM 10,000 boleh dapat RM 2,000 - RM 3,000 sebulan. Atau share paling murah berharga USD $ 20 dengan bulanan anda akan dapat USD $ 2.2 sahaja.

    Kalau berminat, sila layari :

    (Versi English)
    http://ReadandDecide.blogspot.com/2011/10/uinvest.html


    (Versi Melayu)
    http://PelaburanHartanah.blog.com


    ( * versi English lebih lengkap documentasi dan maklumat mengenai investment ini)


    Layari mana mana laman blog diatas, setelah membacanya. Click pada FREE REGISTRATION dan daftar account pelaburan anda, ianya percuma, walaupun anda tidak mahu lagi membuat investment. Tetapi anda boleh lihat lihat dan survey dulu di dalam account anda itu. Dan anda juga boleh chat dengan Admin dan Pihak Management investment berkenaan, secara LIVE dan kadang kadang ada webcam session bersama admin.

    Belum cuba belum tahu, selamat melabur.

    ReplyDelete
  18. puan dhada ni tulis2 komen dgn laki orang kat sini suami tak marah ke?

    ReplyDelete
  19. yang tulis lag ngerti yg di ucapin, alias tmbul hati nan khusyuk..bagai tanah tempat berpijak dalam bumi tercermin pula...I Agree with you be 100%..muantuap!!

    ReplyDelete