Thursday, 7 June 2012

SAKIT..... tak tertahan sakitnya Ya Allah.

Semua penyakit dikatakan pasti ada ubatnya. Alquran sebagai contoh penawar kepada segala penyakit kecuali mati...... satu soalan, apakah cuma  kematian sahaja yang tidak mampu dirawat oleh Alquran. Ada juga yang lain. Cuma secara umum sahaja. Allah tidak Spesifikkan semua. Apakah yang mampu dirawat oleh Alquran. Aduh! persoalan lagi. Melayang terawang-awang tidak-tidak juga terbang. Berpusing-pusing sampai pening dan muntah tidak juga gila. Apakah hidup ini akan terus-terusan begini....penuh pertanyaan. Sakit.... aduh sakitnya aku.

Diantara hikmah penurunan al-Quran, sebagaimana disebutkan sendiri oleh al-Quran: 
  • Dan Kami turunkan dari al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. (maksud al-Quran 17:82).
Kepada penganut ugama yang lain nak guna Alquran jugakah? Dol! soalan ini untuk aku ke.... kau tanya siapa sebenarnya ini. Allah itu Maha Adil wahai Dol!. Semua umat manusia yang sedang Allah uji diPlanet bumi ini dibekalkan dengan sesempurna  bekalan. Allah amat kasihkan semua Jiwa yang telah Allah sendiri jadikan.

Masakan Allah memusuhhi kamu wahai Dol! Terdengar kita dari corong-corong speakar yang dengan sengaja dihalakan kepada semua kariah berdekatan.
  • Apakatanya sipenceramah aka Ulama.... " hati-hati dengan musuh Islam... mereka orang Kafir sedang memerhati kita serta mencari kelemahan kita..... bla.. bla.. bla. .... Allah sayang mereka yang sering mengujungi masjid. Mereka yang sayangkan ulama pasti akan disayangi Allah....  bla... abla..bla..... khusyuk lah kamu dalam solat... Allah akan hampir dengan kamu ".
  • Satu soalan.... siapakah dia musuh Allah yang dimaksudkan? Ustaz! kamu menjauh orang bukan Islam dari mengenali Allah. Ulama yang tidak kenal Allah mana mungkin disayangi oleh Allah Tuhanku.
  • Ulama sepatutnya sedar demi menyambung keRahmatan dari Nabi Muhammad untuk sekelian umat manusia... Kamu wahai ulama!.... kena ucapkan  yang indah-indah.... murni penuh keluhuran kemaknusiaan. Tarik mereka kepada Islam. Mereka yg menyebabkan manusia jadi benci pada Islam.... itulah musuh Islam. Kamu pun wahai ulama jika 'menambah kebencian' manusia kepada Islam akan aku musuhi. Semua raja-raja Melayu yang ada hariini adalah beban kepada Islam. Itulah musuh kamu yang sebenarnya..... Wahai ulama pewaris nabi. Faham kan sungguh-sungguh.
  • Satu soalan.... apakah dia khusyuk dalam solat? Khusyuk dalam solat pastinya diterjemahkan dalam kehidupan kita seharian. Hari demi hari kita menjadi Insan yang hebat. Kerana Allah sayang dan kasihkan kamu. Kerana apa? Kesan dari solat yang Khusyuk. Maka jelaslah Ulama yang ada hari ini tidak ada satu orang pun yang Khusyuk dalam solat mereka. Allah tidak sayang kamu langsung.  Pasti! Aku benar-benar pasti.
Ok! kita sambung cerita Dol! sakit gigi.

Sebelum Allah turunkan Alquran manusia juga sakit. Pengamal perubatan Islam sememang ada rawatan untuk banyak jenis penyakit. Contohnya sakit gigi. Apakah rawatan untuk manusia sebelum Islam datang?  Katakanlah kamu wahai Dol! sakit gigi. Kamu sembah 'BATU'  pada ketika itu.... misalan aje Dol!  Jangan marah. Gurau aje.


Kamu Dol! tak tertahan sakitnya..... jenuh kamu nak menunggu " Darul Syifa " ketika itu, sebab Dr Harun Din pun tak lahir lagi. Kamu lari kehulu kehilir... mundar-mandir tak tahu kepada siapa tempat mengadu. Terlompat-lompat macam beruk kena belacan. Alih-alih tertomuih kamu dalam longkang...... AAAAA terpatahlah gigi yang sakit tu. Baru lega!

 


Sebabtu lah agak-agaknya Arkeologis selalu jumpa 'tengkorak rongak'. Mati sakit gigi rupanya. Ooooo rupanya jenuh menunggu Dr Harun Din tak sampai-sampai. Lihat tengkorak kat bawah ini. Aku tak tipu. Ha ha ha!


Disebelah kiri tu ialah rakan siDol! Dipercayai mati sakit gigi. Disebelahnya adalah Dr Gigi. Ha ha ha!

Allah Maha Adil Masakan begitu Dol! Allah sayang semua kamu. Masakan Allah memusuhhi sesuatu yang Allah sendiri Ciptakan. Allah sayang semua jiwa termasuk kamu Dol! walaupun semua kamu penyembah BATU. Percayalah! Sudah tidak tahu nak ku ucapkan apa lagi pada kamu wahai orang bukan Islam. Allah tidak pernah memusuhhi kamu.

Dalam sebuah hadis Nabi saw mengisyaratkan bahawa Imam Mahdi pasti datang di akhir zaman. Ia akan memimpin umat Islam keluar dari kegelapan kezaliman menuju cahaya keadilan dan kejujuran yang menerangi dunia seluruhnya. Ia akan memerangi penguasa yang zalim dan mengabaikan kehendak Allah dan RasulNya, dan akan menegakkan kembali kekhalifahan Islam yang mengikuti manhaj dan sistem Islam.
  • Mafhum Hadis:
“Andaikan dunia tinggal sehari, sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku, namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (HR abu Dawud 9435)

Letakkanlah keyakinan kamu sungguh-sungguh. 2012 dhujung usianya bakal menjawap segala keluh-kesah seluruh umat manusia. Imam Mahadi kamu umat manusia, tatkala dia  datang nanti bukan untuk memeluk kamu


Salam.




7 comments:

  1. Ya.. 'Allah tak sayang kamu'

    ayat tak leh nak lupa.

    dhada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. 'Allah tak sayang kamu'

      ayat tak leh nak lupa. Kenapa Dhada? Akukah punca masaalahnya?

      Tidakkan.

      Delete
  2. no. bukan begitu.

    cuma setiap kali baca mesti saya ketawa. =p
    mcm kanak-kanak merajuk.

    dhada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dhada sudah bersediakah untuk ku tulis yang lebih tinggi Ilmunya dari ini.

      Apa yang kamu baca ini cuma sedikit dari apa yang aku ada. Aku tulis sikit2 belajar sampai pandai.

      Ilmu tentang hidup manusia yang kamu baca atau belajar biarpun rahsia setara manapun tetap bagaikan buai-buai ditaman permainan.

      salam

      Delete
  3. mudah-mudahan Allah menjadikan ku tidak leka dengan dunia. dan mudah-mudahan aku diberi kekuatan utk menjalankan suruhan dan menjauhi larangannya dengan baik. amin.

    silakan berkongsi ilmu.

    dhada

    ReplyDelete
  4. Dhada, telahku tulis tentang takdir serba sedikit dalam bentuk kiasan dan terselindung.... Untuk menulis secara direct ramai akan memusuhi aku termasuk kamu.

    Apakah sumber ilmu Umat Islam hari ini. Alim ulama, buku-buku ugama yang pastinya bersumberkan Alquran. Menafikan apa yanga ada didalam alquran pastinya dihukum sesat, murtad dan wajib dihukum bunuh.

    Taman-taman permainan yang semua kamu umat manusia sedang bermain diBumi ini disambungkan ke Syurga ataupun Neraka melalui Alquran.

    Tugas aku adalah membawa kamu semua keluar dari taman permainan ini secara beransur-ansur.... itu pun jika kamu semua mahu mengerti. Fahamkan tulisan ini sungguh-sungguh.

    Telah aku khabarkan dalam banyak tulisan aku untuk apa kamu semua diBumi.... iaitu untuk diuji JIWA kamu.

    Soalan aku... apakah untuk berjaya dalam ujian ini adalah satu TAKDIR? Sudah pasti tidak. Kamu Dhada dan seluruh umat manusia kena berjuang mati-matian. Baru kamu boleh berjaya.

    Untuk lebih memahami..... SPM yang kamu duduki pada Kelas Tinggkatan 5. semua pelajar diberi ruang untuk bersedia dari awal darjah 1 lagi. Kelengkapan untuk persekolahan disediakan Ibubapa kamu sekadar termampu. Kekayaan material bukan syarat untuk berjaya dalam SPM tetapi kekayaan memberi jalan lebih mudah untuk berjaya dalam SPM dan seterusnya kemenara Ilmu.

    Apakah kejayaan yang semua manusia dapat sekarang dari awal-awal darjah satu seterusnya SPM dan kini berjaya dalam Hidup DUNIA adalah satu TAKDIR. Pasti tidak ia hasil kerja keras kamu sendiri. Pastinya.

    Doa tidak merubah satu apa-apa pun melainkan doa adalah tanda perhambaan kita umat manusia pada yang Maha Kuasa. Doa adalah sebagai tanda lemah dan tidak berdayanya kita manusia ini.

    Mana-mana ayat-ayat dalam alquran jika kamu kaji dan fahami adalah sekadar perangsang jangan mudah mengalah untuk manusia yang OPTIMIS. Ayat ALquran juga membakar semangat untuk lebih berusaha untuk manusia yang PESIMIS.

    Cukup rasanya sebagai ilmu tambahan untuk kamu Dhada. Itu pun jika kamu mengerti.

    Salam.

    ReplyDelete