Monday, 4 June 2012

Permulaan pada satu perkenalan. Allah dan aku.

PERKENALAN. Diperkenalkan oleh Allah Tuhan ku apa itu hidup ini. Ketika itu aku tidak kenal pun Allah.  Seawal usia 3tahun telah ku tahu hidup ini bukan main-main. Allah mengajar aku tentang kemanusiaan dan aku begitu mudah untuk mengerti. Pada ketika itu aku tidak tahu ada Allah tempat mengadu. Aku benar-benar tak tahu..... siapa aku. Aku tak tahu apa-apa. Cuma satu yang ku tahu kejahatan tidak pernah mampu untuk hidup aman dengan ku. Diawal usia 3tahun sudah ku tahu ada yang menjaga aku. Tidak ada satu manusia pun yang mampu menyakiti aku. Ada penjaga yang pasti mengagalkan semua rencana mereka. Siapakah aku ini?

 Aku tidak kenal Allah. Aku juga tidak kenal diriku.... itu dulu... lamaaaaa dulu. Diusia 3tahun ku harungi hidup dengan hati yang berkata-kata. Aku telah diajar bagaimana menilai manusia. Setiap hari adalah hari yang penuh siksa dan azab. Tidak mampu untuk hidup untuk hari besok pun. Sakitnya aku tak ku tahu kenapa. Disaat adik beradik ku tidur dengan lena aku masih jaga berfikir tentang hidup yang sengsara. Aku tidur   bertemankan airmata. Semua ini bermula diusia 3tahun.... sudah kufahami apa itu kesakitan JIWA. Untuk hidup besok pun aku tidak mampu. Sakitttttnya Ya Allah.................... Kini aku sudah berusia 47tahun.

Telah ku bebaskan segala sengsara. Aku tahu siapa aku. Aku sangat2 mengenali Allah Tuhan ku. Aku tahu untuk apa aku hidup. Aku tahu semuanya yang aku perlu tahu untuk hidup dunia.... Allah Tuhanku telah mengajari aku satu.... satu.... satu... satu. Aku faham semuanya. Allah benar-benar Wujud. Aku bersama Allah Tuhan ku kemana-mana pun. Aku ini benar-benar seorang hamba Mu Ya Allah.



5 comments:

  1. Subhanallah..

    Bagusnya keadaan menyedri Allah sentiasa..

    Dhada

    ReplyDelete
  2. Bagus untuk Usia dewasa..... sedar ada Tuhan tempat mengadu dan merayu serta berkeluh-kesah..... tapi untuk kanak-kanak ia sesuatu yang amat menyakitkan. Kerana apa?

    Kerana.... Tiada siapa yg mahu berkawan.... sendiri dan terus sendiri. Sakitnya.

    Manusia tidak mampu hidup sendiri dalam bentuk apa-apa pun. Manusia perlu teman dan berpasangan.

    Cuma Allah itu Esa.

    ReplyDelete
  3. Kadang-kadang hidup itu sungguh perit.
    Selalunya manusia yang sebegini mudah disisihkan. Orang lain akan cepat boring ketika bersamanya kecuali orang yang betul-betul ikhlas dengannya. Walaupun teman tak ramai, namun teman yang ada itu biasanya teman sejati. Mereka itulah yang lebih bernilai dari sejuta teman yang tak mahu mengingat Tuhan.

    Dhada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar..... terima kasih Dhada. Sekecil tulisan kamu disini dinilaikan besar oleh aku.

      Salam

      Delete
  4. ya salam perkenalan... namun tak sempat berkenalan dengan jaya negara

    ReplyDelete