Friday, 15 June 2012

PENILAIAN.... siapakah yang berani pecahkan... aku tunggu

JIWA. Manusia yang faham dan mengerti semua tulisan aku sepatutnya sedang menangis. Dikala ini aku sedang mendengar lagu "suatu masa"... M Nasir. Aduh sakitnya aku. Aku juga sedang menangis. Menangis seronok ke.... menangis takut.... Entah tidak ku tahu... tangisan dan terus-terusan menangis.

 Dhada khusus untuk kamu,...........  kenapa kamu menangis ketika membaca tulisan aku. Iyakan! Kenapa menangis. Aku telah menangis selama 40 tahun sendirian. Tangisan yang sama seperti yang kamu alami.
 Kamu telah nampak "PENAMAT"nya kan?..... finish in english..... haru biru dibuatnya. Semua persoalan umat manusia akan aku cuba untuk leraikan satu... satu.. satu....kerana apa? Kerana ia adalah tugasku dan aku suka dengan tugas ini.

Lihatlah aku  melalui mata hati mu. Terus-terusan menangis Dhada..... biar banjir Bumi Allah dek kerana airmatamu. Nanti kamu rasa belaian Allah Tuhanku pada kamu. Allah sayang semua Jiwa yang diciptakannya. Semuanya kita sudah sepatutnya nampak dari kejauhan ini penamatnya. Apakah kamu telah nampak?.

Dulu diketika kanak-kanak lain nakal dan jahat aku cuma memerhati. Aku sedang belajar menilai manusia. Aku sendirian menanggung sengsaranya JIWA.... diketika 3 tahun. Semua kanak-kanak lain berseronok diketika itu, aku sedang belajar apa itu kemanusiaan. Apa kenapa macamana kau tahu kau 3 tahun masa tu.... sebabnya aku terdengar borak-borak ibuku . "Alil dah 3 tahun" kata-kata jiran sebelah rumahku.

Aku dah tiga tahun...... maka bermulalah aku belajar dan belajar..... satu... satu.... satu AAA sampai pandai. Pada usia 3 tahun 'HATIku' ini sangat petah berkata-kata. Aku dan hatiku bagaikan orang asing. Kami berborak dan belajar bersama-sama. Hati aku lah sahabat yang paling setia. Kami sama-sama bersekolah diawal umurku 3 tahun. Kami berhubungan tanpa suara. Aku dan Hati ku cuma sekejab aja. Diusia 7 tahun hatiku jadi bisu dan memendam rasa. Pada ketika itulah Jiwa ini sakit sesakitnya.

Kemudian aku berguru dengan Alam. Aku akan perhatikan setiap sesuatu dengan teliti... teliti bodoh.... iya teliti bodoh.... budak-budak. Ada satu insiden semasa aku 6 tahun..... ini kelakarla! layan. 
  • Aku dan sepupu ku sedang bermain-main...... sedang terbang kearah kami pada ketika itu seekor 'tebuan'. Sepupuku dengan pantas memukul dengan surat khabar.

    • ..... TOK.... tong... pengsan lah sitebuan ini. Sepupuku potong tebuan ini kepada 2 bahagian. Kemudian dia menyuruh aku pilih nak bahagian mana untuk dimakan. Biar betul kata hatiku...main masak-masak lah katakan "nak bahagian kepala lah kata ku". Cemas aku! Dia pula pilih bahagian bontot yang sedang terkemut-kemut.
     
    •  Apabila dia sentuh aja bontot tebuan tersebut...... tut..maka  menangis melolong-lolonglah sepupuku ini. Riuh.  Sampai pergi keklinik dibuatnya. Aku kira dia tahu sengat tebuan sangat  menyakitkan... dia tak tahu rupanya.... ishk... ishk. Aku dimarahi oleh makcik ku. Dikatanya aku yang sengaja letak sengat kat tangan anaknya. Dipukulnya aku tapi aku tidak nangis. Balik kerumah Ibuku pun menambah memukul aku sampai letih dianya..... Ibuku yang letih memukul aku. Disuruh aku mengaku. Matipun aku sanggup. Mana mungkin! Habis lebam seluruh jasadku. Jiwaku tetap kekal gagah. Tis... tis airmata ku meleleh..... apa salah ku. Aku baru berumur 6 tahun tolonglah aku.
    • Aku cari satu ruang kosong. Aku tinggalkan semua manusia. Aku menangis semaunya dibawah katil. Gila apa manusia.
Manusia aku, kamu dan semuanya hidup penuh kesusahan.Pasti. Raja sekalipun pasti pernah susah. Susah kita dan susahnya Raja pastilah berlainan. Pagi-pagi susah nak start motor.... aduhhhhh. Susahkan.

Nilai sesuatu ditentukan. Contohnya emas manusia gredkan ikut suka manusia. Ada emas sepuluh. Ada emas 916. Ada emas kelantan. Ada ikan emas. Ada pisang emas. Macam-macam lah sampaikan masa pun emas. Dol... kau fahamkan. Bila kita lambat datang kerja 'boss' mesti marah. Ialah masa itu emas. Kalau lah kita tukarkan kata masa itu sabut kelapa. Boleh lah kita datang lambat sebab 'boss' pun lambat. Sabut kelapa apalah sangat. Dol... kau ni bodoh tul.....  ngok.



Emas ni logam berharga sebabnya apa? Sebab cantik... sebab berkilau... sebab emas cuma sedikit aja yang ada. Kalau banyak terlalu banyak emas sampai terkentut pun terkeluar emas. Tak kira cantik setara mana pun emas itu ia tetap akan murah. Hebat dan sikit..... maka berharga. Hebat dan berkilau tapi bertaburan kat jalanraya dan kaki lima..... tak peduli pun kita. Biarkan dia berlumut. Tak terperasan pun.

Taik hidung pun sikit aja tapi tak mahal pun? Dol.... kau tanya aku ke? Bongok tul siDol ni.... anak sapa la ni. Kita kena kaji, kena study, kena uji sesuatu itu sebelum kita nak jual kat pasaran. Benda hebat. Benda cantik. Benda yang ada tarikan sahaja yang kita nilai. Taik hidung kau.... hampeh tul siDol. Potong stim.

Lihat manusia tu... yang sedang berjalan tu... lihat apa yang kamu nampak ada pada mereka. Baju, kasut, rambut...... bukan yang tu. Manusia itu seluruhnya apa kamu nampak? Eh.... manusia lah. Tidak begitu. Dulu kita belajar apa itu 'pradigma'. Semua kita tahu dan mengerti. Pradiigma ialah cara seseorang itu meletakkan nilai atau harga pada sesuatu. Manusia, hidup, pokok, atau apa-apa lah semuanya manusia nilaikan. Ikut dia punya suka. Sesuka hati mu. Bolehke? Aku tak mahu jawap soalan ini, kamu fikir-fikirkan. Boleh ke kita sesuka hati menilai segala apa-apa pun.... sesuka hati mu. Lu punya suka.

Ilmu tentang hidup diDunia manusia pelajari dari kehidupan itu sendiri. Sedikit demi sedikit manusia belajar.... hari-hari pada setiap detik dan tika kecuali tidor..... tidor selama-lamanya adalah kematian. Siapakah guru kita sebenarnya. Siapa? Jawap soalan aku. Siapa guru kita yang sebenar?
  • "Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya. " (QS. al-Baqarah: 31)
Cuma Allah sahaja guru kita yang sebenarnya tiada yang lain. Aku benar-benar pasti!

Kita hidup dalam masyarakat manusia. Usia kita sebagai tanda berapa lamakah kita berada dan telah hidup diBumi Allah ini. Manusia cuba menipu usia.... berapa umur kau Dol?... lahir 24 Julai... tapi tahunnya rahsia..... kau agak-agakla sendiri. AAAwww tak kuasa!

Umur dirahsiakan.... kenapa? Sebab nak buat tak senonoh.... iyalah!... kalau orang tua mana boleh nak menggatal. Umur dirahsiakan kenapa? Sebab nanti orang taknak kawan atau pun tak nak kawin dengan kita...... untuk perempuan ok lah tapi yang lelaki pun berrahsia juga kenapa?

Baru ada 'Thrill' main teka-teka umur. Nampak muda tapi bila tengok IC dah 100 tahun umurnya..... biar betul. Gila apa manusia.


Penilaian yang benar tentang sesuatu itu penting malah jika kita gagal menilai ataupun mentafsirkan, seluruh hidup kita rosak. Nilai dahulu semua bacaan kita. Jangan sembrono ambil Ilmu. Nilai dahulu setiap arahan yang diterima. Jangan laksanakan jika ia diluar prinsip yang kamu tetapkan sendiri.

Ambil  kereta yang menggunakan bateri.... ON SWITCH .... pastu celup dalam air. Keluarkan semula... teruskan permainan kereta kamu. Rosak semuanya. Kereta dah masuk air. Air telah merosakkan kereta kamu. Lupakan kereta tu nanti beli yang lain.

Sekarang ambil pula sekeping duit nilai  RM 100. Gulung bulat macam rokok.. ia cuba kamu buat macam rokok.... pastu bakar dihujungnya.
Hisap macam rokok.... ada tak rasa rokok 'Dunhill'. Pasti tidak!

Bodoh betul kamu ni. Kereta yang menggunakan bateri pasti rosak jika direndam dalam air. Pasti! Mana ada duit RM 100 yang dibakar hujungnya mampu mengatasi rasa rokok 'Dunhill'. Nak rokok pergilah beli kenapa bakar duit. Bodoh. Semua apa yang disuruh dibuatnya sungguh-sungguh. Akalnya di mana? Gila apa manusia.

Nilai setiap apa yang kamu nampak, lihat, dengar serta rasa dengan pantas. Pantas..... benar-benar pantas. Maknanya kita kena cepat berfikir. Jangan ikut semua orang kata..... jangan ikut semua yang diarahkan. Kaji dan nilai dengan pantas.... sepantas mungkin. Takdir tidak menunggu kita.
Belajar sikit-sikit. Belajar sampai pandai.

Semuanya.... segalanya..... tak kira apa pun jika ianya bernama pengalaman pastinya ia adalah pelajaran. Pelajaran memberi kita Ilmu. Setiap sesuatu Ilmu kita tanamkan diminda... susun baik-baik. Pastinya nanti kesemuanya itu akan kita gunakan satu.. satu.. satu... diperjuangan 'Akhir Zaman'. Pasti.

Salam. Jumpa lagi Bye.



5 comments:

  1. Kamu mengajarku. Aku merenung setiap kata-katamu.
    Aku akan datang. Dan aku sedang datang.

    Aku tak mahu hidup gagal yang penuh hampa.
    Aku kini mengerti bahawasanya kita yang menentukan nasib sendiri.

    Tidak pernah aku dengar dari sesiapa bahawa nasib Allah tentukan itu adalah kata-kata panah Iblis. Ia sungguh halus menggunakan nama Allah.

    Aku tak mahu nasib yang buruk. Sekalipun aku diikat kemas dengan tali, aku akan keluar dari ikatan tu. Aku akan lepaskan diri!

    Aku semalam melihat keranda FEMA - FEMA Coffins yang disediakan utk persedian akhir zaman.

    Aku mahu berjuang, bukan mahu jadi mangsa.
    Sungguh aku tak tahu apa cara, akan aku lalui hari2ku dengan bersungguh2.

    Terima kasih Abu...

    Dhada

    ReplyDelete
  2. Penilaian yang benar tentang sesuatu itu penting malah jika kita gagal menilai ataupun mentafsirkan, seluruh hidup kita rosak. Nilai dahulu semua bacaan kita. Jangan sembrono ambil Ilmu. Nilai dahulu setiap arahan yang diterima. Jangan laksanakan jika ia diluar prinsip yang kamu tetapkan sendiri.

    benar kata kamu..

    dhada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dhada, dikala ini aku cuma ada kamu dan Ali Osman. Kamu pernah bertanya aku dua biji batu-bata apakah mampu untuk mendirikan bangunan. Ingatkah kamu soalan itu? Aku tidak jawap soalan kamu kerana apa perlunya.

      Aku ini manusianya yang terlalu yakin dengan apa yang aku ada.... itu kata-kata isteriku untuk aku.

      Telah aku ceritakan pada kamu siapa aku.... aku ini mampu mengalihkan gunung jika aku mahu. Siapakah yang mengalihkan Singgahsana ratu Balkis. Dia adalah pekerja Allah sama macam aku. Bezanya ialah dia berada di zaman yang berlaian pada ketika itu. Siapa pula Nabi Sulaiman. Dia adalah pesuruh Allah. Dia ialah nabi ataupun Rasul dan mereka ini adalah satu takdir tetapi tidak aku ataupun kamu.

      Aku manusia sama macam kamu Dhada dan seluruh umat manusia yang lain. Kita bersendirian diperjuangan ini. Kamu mahu Allah menyebelahi kamu. Maka siapa pula mahu menyebelahi mereka yakni orang-orang yahudi dan nasrani.

      Diperjuangan Akhir Zaman semuanya "fair and square". Semuanya kita berpijak diBumi yang Nyata.

      Apakah yang menjadi kunci kejayaan semasa Hidup dunia? Apakah yang membezakan antara satu hamba Allah dengan yang lain. Apakah yang menjadikan kita lebih istimewa dari manusia yang lain disisi Allah?

      Rajin.... masakan? lihat siapakah yang rajin memotong rumput dkejiranan kita. Pastinya Umat bangaldesh..... mereka begitu rajin memotong rumput dibawah panas terik. Sebegitu rajin umat bangladesh ini tapi tidak dinilai berjaya oleh kita.kenapa?. Kerna mereka membiarkan negara Tumpah darah bersemak samun demi sesuap nasi. Mereka umat yang gagal pada aku.

      Kuat dan gagah.... masakan? lihat siapakah begitu kuat dan gagah membina bangunan yang akan mencakar langit diMalaysia. Pastinya orang indonesia. Tanpa kenal erti penat mereka orang2 indonesia lelaki dan wanita bekrja keras demi sbungkus nasi ayam Hainan. Iyakan! Apakah sudah habis Bumi Indonesia dicakar oleh bangunan tinggi. Tidaklah... mereka terlalu miskin untuk itu.

      Jadinya apakah yang membeza semuanya kita? Pastinya kebijaksanaan kita dalam menilai sesuatu. Bijaksana akan menambah kasih sayang Allah kepada kita. Nilai dan nilaikan semuanya secara bijaksana pasti nanti kejayaaaan akan jadi milik kita. Ya! Jadilah manusia yang bijak. Bijak dalam semuanya.

      Salam. Bye jumpa lagi.


      Aku kenal manusia itu cuma dengan melihat wajahnya. Islam kah dia atau telah murtadkah dia? Aku tahu Hindukah dia, Kritiankah dia atau Yahudikah dia.

      Delete
  3. as'kum..ketentuan itu. begitukah pilihanmu_

    ReplyDelete