Tuesday, 5 June 2012

KITA SEDANG DIUJI...... oleh siapa?



Ujian demi ujian pada setiap detik dan saat..... tanpa ada hentinya. Semua umat manusia yang Allah telah letakan Jiwa.. Ruh.. dan Jasad padanya, pasti akan diuji dan terus diuji sampai kamu mampossssssss. Apakah atau siapakah yang diuji? Jiwa.. Ruh.. atau Jasad.... pastilah yang diuji cuma Jiwa aje. Iya! Cuma Jiwa sahaja yang diuji diBumi ini. Cuma Jiwa sahaja punya harga untuk dinilai oleh Allah.

Ruh dan Jasad cuma pelengkap serta pemangkin. Ruh dan Jasad adalah mahkluk yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita demi melengkapi ujian untuk yang bernama 'JIWA'.  Sebagai pinjaman pastinya Ruh akan dipulangkan kepada kerajaan Langit. Begitu juga Jasad pasti dipulangkan kepada Tanah selepas selesai semua urusan diBumi. Pasti!

Yang punya harga cuma 'Jiwa'. Fahamkan sungguh-sungguh. Ruh dan Jasad satu sen pun tak dinilaikan. Hampeh! Tetapiiiiiiii..... Eh ada tetapi la pulak. Jika Ruh dan Jasad diletakkan harga oleh Allah walaupun secalit cuma... Sudah pasti tiada mahkluk yang akan dapat melukai kamu...lebih-lebih lagi untuk  memusnahkan kamu ...... tiada siapa yang mampu. IMMORTAL..... PASTINYA! Terlebih sudah ni... aduh... jom kita sambung...............

Jiwa yang pada asalnya cuma bersendiri..... lama-lama..... menyendiri dibangkitkan oleh Allah. Ada tawaran untuk semua Jiwa. Hadiah yang sangat-sangat besar serta hebat akan dimiliki jika berjaya. Maka bermula satu.. satu.. satu.. Jiwa dihantar untuk diuji diBumi. Jiwa telah ditukarkan menjadi manusia yakni ia tercipta dari tanah. Manusia ni apala pulak... Jom tanya orang sains.. Manusia ni apa ye?
  • Manusia dapat diertikan berbeza-beza menurut biologi, rohani, dan istilah kebudayaan, atau secara campuran. Secara biologi, manusia dikelaskan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia bijak), sebuah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Dalam hal kerohanian, mereka dijelaskan menggunakan konsep jiwa yang bervariasi di mana, dalam agama, dikaikan dalam hubungannya dengan kekuatan ketuhanan atau makhluk hidup; dalam mitos, mereka juga seringkali dibandingkan dengan bangsa lain. Dalam antropologi kebudayaan, mereka dijelaskan berdasarkan penggunaan bahasanya, organisasi mereka dalam masyarakat majemuk serta perkembangan teknologinya, dan terutama berdasarkan kemampuannya untuk membentuk kelompok dan lembaga untuk dokongan satu sama lain serta pertolongan.
Manusia mempunyai dua jantina lelaki dan perempuan. Eh! Jiwa tiada jantina pada asalnya kini berEvolusi dengan Bumi. Manusia berdiri dengan gagah diBumi leka dan semakin lalai. JIWA telah dilupakan oleh Allah dengan sengaja asal-usul serta sumpah- janji. JIWA telah lupa semuanya. Benar-benar Jiwa telah lupa segala-galanya. Jiwa telah lupa asal-usulnya. Jiwa yang dirubah begitu sombong dan angkuh. Semuanya kamu bagaikan tidak mahu meninggalkan Bumi. Sayangnya kamu dengan Dunia ini.

  • Firman Allah SWT maksudnya : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?" (Surah Al-An'Am ayat 32)
  • Firman-Nya lagi yang bermaksud : "Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (Surah Al-Ankabut ayat 64)
  • Firman Allah SWT maksudnya : "Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu." (Surah Muhammad ayat 36)
Segala apa perkhabaran yang ada didalam AlQuran cuma sekadar "BACAAN" juga peringatan serta janji-janji Allah sebelum kamu semua menutup mata jika mahu tidur..... tertutup mata selamanya adalah Mati. Dengarkan janji-janji Syurga pada yang berbuat kebaikkan...... sayup-sayup mengoles telinga mu. Kadang-kadang lupa. Kadang-kadang ingat. Seronok dan mengelitik jantung rasa Jiwa. Terbuai-buai. Oh Indahnya Syurga.

Semuanya ilmu ataupun maklumat didalam Alquran adalah "BACAAN" juga bagaikan ancaman untuk manusia. Biar siapa pun kamu.... Bacalah! sebelum kamu tidur ingatkan bahang yang membakar.... Neraka adalah kegelapan penuh siksa. Bacalah! sebelum kamu menutup mata.... menutup mata selamanya adalah kematian.


Neraka menanti dengan sabar untuk membakar semua kamu yang melakukan kejahatan. Bukan janji-janji manis seperti diSyurga. Kadang-kadang takut. Kadang-kadang seriau..... berdebar serta menggigil. Status keimanan dinilai. Azabnya Neraka. Baca ayat ini....

Allah Ta’ala berfirman (yang artinya):
  • ….Maka takutlah kalian kepada Neraka yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan bebatuan….”(QS. Al-Baqarah: 24)

Allah Ta’ala berfirman (yang artinya):
  • Adapun orang-orang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni Neraka, mereka kekal di dalamnya.” (QS. Al-Baqarah: 39)

JIWA sahaja yang Allah uji tapi apakah dia ujian yang sebenar-benar ujian untuk Jiwa? Untuk menjawap soalan itu kita wajib kenal dulu apakah itu Jiwa. Dari mana asalnya Jiwa. Johor ke? Selangor ke? Mana mungkin terus-terus aja ada dan dicampakkan Allah keBumi. Dari apa Jiwa dicipta..... besi, emas ataupun kaca. Ini ke manusia? Anak sapa la ni?

Jenis mahkluk apakah Jiwa ini?Mamalia.... ikut kajian sains... Eh menjawap! lonjongke leperke? Kalau-kalau Jiwa ni  awalnya cuma habuk yang berterbangan. Baru padan muka kita.

Jiwakah seAwal-awal makhluk ciptaan Allah. Jiwa siapakah yang Allah ciptakan yang pertama? Allah cipta semuanya "JIWA" sekaligus. Tiada yang terawal atau pun terakhir. Kenapa didalam Alquran tidak menyatakan dengan jelas semua ini? Kenapa? Kenapaaaaaaaaaa?

Siapa kata tak ada. Ada pasti ada tersirat ataupun tersurat. Pasti Allah telah sampaikan segala perkhabaran untuk umat yang asalnya bernama 'JIWA'..... kini dirubah namanya menjadi 'Manusia'. Jom marilah kita belajar bersama-sama. Kita teroka semuanya walau sesulit mana pun. Kita cuba bongkar semuanya Rahsia Allah.... rahsia bukan rahsia lagi nanti. Pasti!..... Kita mulakan dengan 'Kun Fayakun'.

“Kun Fayakun” serangkap ayat Al-Quran di akhir surah Yassin. Tempat letaknya pada ayat : 82.Tamsilan ayat menunjukkan akan kekuasaan Allah SWT menciptakan, melakukan, merubah sesuatu ke atas sesuatu merangkumi keseluruhan penciptaanNYA. Maha suci Allah SWT berkuasa atas segalanya. Firman Allah SWT:
  • “Dan tidaklah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui.” (Surah Yassin : 81)
  • “Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.” (Surah Yassin : 82)
  • “Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (Surah Yassin : 83)

Bagaimana 'Kun Fayakun' wajib kita fahami. Kita cuba fikirkan soalan ini. Allah cipta seluruh Alam Makhluk semuanya jika namanya makhluk... pasti Allah juga mampu untuk menamatkan Alam Mahkluk dan segala isi dgn sekelip mata juga. Iya pastinya Allah mampu.... tapi ada ke Tuhan yang sebegini?

Manakan ada! ALLAH CIPTA DAN HANCURKAN!....semuanya. Tak mungkin. Kun Fayakun! Hancurlah seluruh Bumi. Hancur semuanya....... tak tinggal seabuk. Eh gila betul TUHAN ini! Tidakkan pasti tidak....

 ALLAH itu Maha Bijaksana. Allah cipta sesuatu makhluk yang dinamakan 'JIWA'....... sayangNYA Allah pada kita. JIWA ini ALLAH belai penuh kasih-sayang...... dapatkah kamu merasakannya. Itu pun jika kamu mengerti. Tidakkah kamu malu dengan ALLAH Tuhan kamu? Bagaimana kita mahu berhadapan dengan Allah selepas tamat semua episod Hidup Dunia. Malu! Pastinya kita semua malu.

Surat Al-Anbiya ayat 30.....
  • "Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya LANGIT dan BUMI itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian KAMI PISAHKAN KEDUANYA. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?"

Surat As-Sajdah 32:4
  • "Allah-lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa,kemudian Dia bersemayam di atas `arsy. Tidak ada bagi kamu selain daripada-Nya seorang penolong pun dan tidak (pula) seorang pemberi syafa`at. Maka apakah kamu tidak memerhatikan"
HIDUP. Kita jalani hidup penuh dengan persoalan..... satu.. satu.. satu.. banyaknya persoalan. inikah yang dinamakan kehidupan. Tidak! Pasti tidak.... kehidupan lebih besar dari itu..... kehidupan lebih menyakitkan dari itu. Persoalan demi persoalan ditimbulkan. Apabila ada jawapan. Senyum! Merkah! Semua persoalantersoal untuk  manusia  terbitkan pekenalan. Untuk lebih kenal manusia akan bertanya dan terus bertanya. Ada ungkapan " malu bertanya sesat jalan". Ribuan tahun dah manusia bertanya serta mempersoaalkan tanpa henti segala apa yang manusia tidak kenal. Semua kita terus-terusan bertanya. Masih sesat juga.... kenapa ni? Persoaalan lagi. Belum terjawap sudah tersoal. Melayang-layang terawang tidak terbang. Berpusing-pusing sampai pening dan muntah.... tidak juga gila. APAKAH SEMUA INI! Gila apa manusia.


Pada siapa kamu bertanya? Jangan bertanya pada Sisesat... Kenapa bertanya pada manusia sesat sama macam kamu yang juga sedang terpinga-pinga. Mundar-mandir... kehulu kehilir.... tak tau hujung pangkal. Tertumoih dalam longkang akhirnya semua umat yang namanya Manusia. Pasti!  Baru padan muka. Bodohnya kamu wahai manusia.

 Lihatlah video siUstaz kazim. Ustaz kazim yang pastinya sangat-sangat bijak mahu mengajar umat Islam diMalaysia bagaimana nak jadi bodoh. Wahai Ustaz Kazim sayangnya aku dengan kamu. Kazim ooooi..... cukup-cukup sudah. Pergilah ke taman permainan. Itu yang kamu mahu.... Makan dan minum lah yang enak-enak. Bila penat nanti baliklah kerumah...... di rumah semuanya ada. makanlah minumlah. Nanti malam tidurlah kamu dengan selesa. Inilah perjalanan hidup manusia. Mereka akan mengulangi semua nya semula tanpa sedar. Rutin hidup manusia. Makan dan bermain. Ujiannya dimana?
Umat melayu yang hidup hari ini tidak bijak dalam menilai manusia. Pengalaman tidak mengajar kamu jadi umat Melayu yang bijak. Kamu semuanya tanpa kecuali sedang sesat dihutan yang tebal. Segala yang kamu mahu.... makanan ataupun minuman tersedia ataupun memangnya sedia ada. Makanlah dan minumlah sepuas hati mu...... telah kenyang dan berehat kamu cuba lagi cari jalan pulang. Semua kamu tetap tidak jumpa-jumpa jalan pulang. Ribuan tahun dari awal-awal Adam dan Hawa...... sampai kepada kita ini tetap sesat dan terus sesat. Sampai bila kita, aku serta kamu mahu ketemu 'Jalan Pulang'.  SAMPAI BILA! Entahhhhhhh.

Semua kamu umat "manusia" Melayu ataupun Yahudi.... Cina ataupun Punjabi..,, yang asalnya cuma ada Jiwa sahaja. 'Jiwa' dirubah menjadi manusia. DiBumi ini cuma 'jiwa' sahaja yang benar-benar ujud. Cuma kita sahaja yang benar-benar ujud. Selain kita.... Apakah yang kita nampak? apakah yang kita rasai, makan dan minum ... segala sesuatu cantik ataupun buruk....terang ataupun gelap.....  semuanya setiap satu... satu.. satu...dan satu lagi....sebenarnya adalah ilusi belaka. MAHA HEBAT ALLAH TUHANKU.

KUN FAYAKUN! Semua ruang waktu dan tempat diisi ataupun terisi. JADI! Maka jadilah. Pastinya! Disinilah 'Kun Fayakun' berjalan demi melengkapi setiap detik dan saat. Tidak ada satu tika masa pun yang terlepas pandang... masa demi masa  tercorak dan dicorak.  Inilah dinamakan 'Takdir'. Mahu kemanakah kamu selepas ini wahai manusia? Mahu kemana?

Hukum dLuh Mahfuz tidak datang sebaris  dengan 'Kun Fayakun'. Semuanya bergerak bagaikan semut hitam yang berbaris panjang. Satu.... satu.. satu.... satu..... segala-galanya berperaturan. Semuanya dihimpun dan tersusun dengan rapi. Tiada satu apa pun yang mampu keluar dari Qodo' dan Qadr Allah. Semuanya terhukum dan terpatri dengn kukuh diLuh Mahfuz. Semuanya mengikut Sunahtullah. Terbatal cuma dengan izin Allah.

Setelah tamat semua ujian diBumi kemanakah kita? Yang gagal dalam ujian bagaimana? Yang berjaya dapat apa? Mahukan jawapannya sekarang mana mungkin. Ujian sedang berjalan..... semua manusia sedang diUji termasuk Raja-raja melayu. 
  • Pelikkan dalam pada begitu ramai orang miskin diMalaysia..... raja-raja Melayu masih tak habis-habis "birthday party".
  • Pelikkan dalam pada perubahan cuaca yang sangat drastik... memungkinkan ramai manusia mati disebabkan jangkitan penyakit tapi masih ada yg berebutkan "NOMBOR UNTUK KERETA". Pemenangnya seorang Sultan 'buta' dari Johor.
Sultan Johor juga sedang diuji. Motor besar kamu Wahai Sultan Johor akan melanggar kamu serta menghempap badan kamu yang " GUNDU ".. BARU PADAN MUKA KAMU. eHHHH! LIHAT tu.... Kanak-kanak sedang bermain diTaman. Aku kenal semua wajah-wajah budak ini.

NONE
Kanak-kanak berlari dan bermain sampai penat. Mereka rehat makan dan minum.... nanti kanak-kanak ini akan bermain lagi tanpa kenal penat dan lelah. Ada yang jatuh luka dan berdarah.... pergi mengadu pada siIbu. Dipupuk lembut dengan kata-kata manis untuk siAnak. Cuci dan basuh luka anak kecil itu. Sekejab aja tangisnya.

 Nanti ia akan akan bangkit dan bermain-main. gelonsor... buaian.. jongkang-jongkit serta kejar mengejar. Dilewat malam anak kecil ini mahu 'bacaan' cerita "fairy tales". Janjikan yang indah-indah untuk anak ini sampai lelap matanya..... lelap mata selamanya adalah kematian.

Katakan pada anak ini jangan nakal-nakal nanti emak pukul.... jadilah anak yang baik. " Ibu sayang kamu "...... sampai lelap matanya....... lelap mata selamanya adalah kematian.

UJIAN! Eh ..... sudah tamatkah semuanya... IYA!







8 comments:

  1. Permainan yang sungguh memperdayakan..

    Sungguh manusia itu sendiri adalah alam yang luas.
    Ada diri dalam diri. Ada diri yang memerhati diri, ada diri yang menangisi diri. Duduk menyorok di dalam satu bilik yang sepi. Mata umpama tingkap memerhati alam luar yang ramai. Diri(jiwa) memerhati ke luar (tingkapnya mata), pengecut ke berani belum tentu sama diri(jiwa) dan kelakuannya. Seolah-olah jasad dan ruh bekerjasama, kesudahannya jiwa yang dibantai di sana. Jasad termasuk matrix, ruh pulang ke langit. Jiwa lagi bersendiri. Mana pula letaknya akal, nafsu dan hati ya Abu Bakar? Milik jiwa ataupun mereka juga tidak bersatu semuanya?

    Ku kira jiwa itu dikurniakan akal untuk menilai, nafsu yang ditunggangi syaitan, lalu hati jiwa menilai dan memilih..terjadilah kelakuan yang digerakkan jasad.. lalu ditulis di buku amal..

    Dhada..
    (kawan sejatimu yang sering ketawa melihat kerenah pelikmu namun setuju)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya! Dhada kamu benar semuanya. Terima Kasih.

      Delete
  2. macamana pula unsur-unsur spt tanah air api angin dalam diri yang selalu digembar-gemburkan?

    kamu ni tak suka imam mahadi ke? asik kata dia tertinggal keretapi je.. sian dia

    Dhada

    ReplyDelete
  3. Dhada...... kamu tanya aku soalan air,api, angin dan tanah. bukankah itu semuanya dari Bumi.

    Jiwa akan dihantar untuk ujian kemerata pelusuk MAYA. Berapakah keluasan MAYA? Hanya Allah yang tahu berapa besar. Setiap suatu MAYA cuma ada satu sahaja medan Ujian.

    Allah Tuhanku akan menyemai benihNYA pada satu titik. Dari titik itu akan berkembang dan tumbuh suatu Alam yang baru. Berapa lamakah 6 MASA ini akan berkembang dan akan apakah jadinya nanti?

    TEMPUH MASA adalah satu ILMU. Tempuh masa satu kelemahan bagi Allah Tuhan ku. Sedetik pun memusnahkan KESEMPURNAAN Allah.

    Benih apa yang disemai menentukan apakah yang tumbuh. Berapa lama dari satu... satu... satu... sampai 6 masa Allah serahkan pada Makhluk yang bakal tumbuh itu untuk ia tentukan sendiri.
    Biar jutaan tahun sekalipun tidak nampak lemah Allah pada ketika itu.

    Berbalik pada soalan kamu. Jiwa akan dipinjamkan sifat dimana BUMI dia diuji. Air. udara . angin dan api semuanya unsur BUMI tempat jiwa itu diuji.

    Adakah kamu kenal Imam Mahdi wahai Dhada? Aku ini pekerja Allah yang satu-satunya masih hidup. Aku kenal Allah Tuhanku lebih dari kamu, masakan aku tidak tidak kenal Imam Mahdi. Mana mungkin aku tidak suka seorang kekasih Allah seperti Imam Mahdi. Jika Allah kasihkan Imam Mahdi siapa pula aku untuk membenci dia.

    Dhada, aku ini cuma pekerja Tuhan itu aja. Berbeza taraf kami bagai langit dan Bumi. Aku ini terlalu kecil berbanding dia Imam kamu. Aku juga sangat kecil jika dibandingkan dengan kamu pun.

    Aku tidak layak menjadi makmum Imam Mahdi.

    Dhada, faham ayat ini sungguh2 dan jangn tanya lagi isu Imam Madhi. Umur ku didunia ini ditentukan dgn munculnya Imam Mahdi kamu. Sebab itu aku akan gagal semua usaha untuk membawa Imam Mahdi kepada manusia.

    Ingat tidak aku katakan baru2 ini aku ke Madinah ada tugas. Aku gagalkan usaha membawa Imam Mahdi kepada kamu. Aku belum mahu mati. Aku terlalu sayangkan Isteri dan anak-anak ku.FAHAM KAN.

    Tdak kah kamu sayang kepada aku dhada. Mahukah kamu kehilangan aku jika sekadar mahukan Imam Mahdi. Jwap soalan aku ini. Berapa banyak airmata isteri dan anak ku akan gugur nanti.

    Salam

    ReplyDelete
  4. aku tak jumpa le lagi yg arwah ni mengaku dia imam mahdi.. cuma ada dia kata dia kebal je la..

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah.semoga roh muu kembali ke jalan yang benar.

    ReplyDelete
  6. Wah mas bro, semoga Allah SWT senantiasa melindungi kita dari semua bahaya
    Salam kenal

    Ramzi

    ReplyDelete