Tuesday, 12 June 2012

KEPERCAYAAN....... akukah atau kamukah yang benar.

Bolehkah kita memaksa orang lain untuk percaya apa yang kita PERCAYAI? Bolehkah kita tidak mempercayai apa yang semua orang diDunia sedang PERCAYAI?. Untuk percaya sesuatu sangat-sangat mudah tapi untuk membawa seseorang masuk dalam kepercayaan kita ini tersangatlah sukar. Tiada paksaan didalam hal berugama.
  •   قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ (١) لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ (٢) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٣) وَلَآ أَنَا۟ عَابِدٌ۬ مَّا عَبَدتُّمۡ (٤) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٥) لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ (٦)
TERJEMAHANNYA:
1.Katakanlah(wahai Muhammad):"Hai orang-orang kafir!

2."Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

3."Dan kamu tidak akan menyembah(Allah)yang aku sembah.

4."Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

5."Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

6."Bagi kamu ugama kamu,bagiku ugama.

Setakat ini yang benar-benar mempercayai semua tulisan saya cuma seorang aje. Ali Osman bin Idris. Ini aja sahabat ku diDunia ini buat masa ini. Ada juga peminat setia dialam cyber. Terima kasih kepada Dhada. Aku terima kamu seadanya.

 Kepada pembaca tulisan ku, jika kamu percaya nyatakan dengan sedikit komen. Kamu tidak akan mampu menyanggah tulisan aku walaupun sekecil mana pun. Kerana apa? Kerana aku ini sentiasa bersama-sama dengan Allah Tuhanku. Aku tidak menulis sembrono. Lepas tu buat "don't know". Aku bertanggungjawap diatas semua tulisan aku. Percaya lah! Aku adalah satu-satunya manusia yang paling waras diPlanet Bumi ini. Tiada yang lain.... cuma aku.

Mari kita cerita pasal perjuangan umat manusia dari dulu sampai sekarang. Dulu tu bila? Eh! kamu ni bikin ribut kepala otak aku. Dulu ini maksudnya yang dahulu. Iya! dahulu yang mana pulak ni? Yang dahulu didahulukan yang kemudian boleh terus balik kampung. Kampung kat mana? Isteri aku orang Tangkak. Balik tangkak la. Balik kampung cuma pada musim buah....... jika tak berbuah kampung kita lupakan. Kesian kampung kita.

Kalaulah manusia semuanya termasuk aku dapat hidup pada masa Malaysia sebelum merdeka.... pastinya kita akan lebih menghargai kampung tempat tumpahnya darah kita..... tempat lahir lah. Apa lagi! Pada masa itu atok nenek kita berjuang demi mempertahankan maruah bangsa melayu.

Masyarakat melayu mempertahan maruah bangsa melayu. Orang Melayu yang mati pada masa perjuangan itu...... disifatkan 'mati syahid'. Orang Cina, India, Benggali jual roti dan Punjabi bagaimana pulak. Kesemua sahabat kita yang mati tu belum pun memeluk Islam. Apa cerita? Syurgakah?..... Nerakakah?.

Mereka pun turut membantu untuk mengalahkan Jepun. Apakah yang dipertahankan oleh mereka pada masa itu?. Maruah melayu jugak ke? Hampeh. Failed la pulak. Kalau siPunjabi ngan siBenggali roti mati masa perjuangan itu. Mati katak ke?. Apa kena dengan"katak"ni. Jalan kehulu dan kehilir...... tak tau nak pergi mana. Tak pasal-pasal melompat..... AAAA kan dah tertumoih dalam longkang. Baru padan muka.
  Mati Katak了
Perjuangan mempertahankan apa yang kita percaya adalah ujian sebenar untuk 'Jiwa'. Tiada istilah mati katak dalam ilmu tentang "jiwa". Jasad boleh mati katak tapi tidak pada "jiwa". Sesiapa tanpa mengira ugama yang berusaha untuk mempertahankan "daulah ataupun wilayah" dan mati ketika itu. Kematiaan itu adalah kemenangan untuk jiwa. Yang mati cuma jasad. Jiwa kekal selamanya dan pulang dengan penuh rasa bangga mengadap Allah Tuhanku.
  •  Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Rabbmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya. Masuklah ke dalam jamaah hamba-hambaKu, dan masuklah ke dalam syurgaKu.”(Al-Fajr:27-30)
Tolong fahamkan sungguh sungguh..... jika tidak semua kamu akan rugi. Kenapa pulak rugi? Ada meniaga kecil-kecilan kat sini. Tak meniaga kenapa pulak rugi?. RUGI...... kerana kamu masih tidak tahu apakah tujuan asalnya keberadaaan kamu disini. DiBumi ini bukan untuk main-main. Bumi ini tempat perjuangan. Berjuang habis-habisan. Berjuang sampai mati. Jasad dan Ruh tidak punya nilai lagi pada ketika itu.

Masih lagi bermain ditaman. Sudah la! Balik rumah la!. Aku risaukan kanak-kanak ini. Iyalah!... kita nak berjuang.... bimbang terlenyek kanak-kanak ini. Yang siDebab ni suka tul main-main motor. Vrooom sana-sini. Bising lah. Bila terjatuh kuat benar tangisannya.

AAAAA kan dah nangis. Aku tak senang nak pujuk kamu....... sebabnya? Apa sebabnya? Sebab kamu telah tua pada usia tapi masih lagi kanak-kanak pada 'JIWANYA'. Hidup ini bagaikan permainan seronok-seronok bagi kamu.

Semuanya main-main aja. Kembara Mahkota Johor konon-kononnya nak berjumpa dengan rakyat jelata. Pirrah! Mabuk todi ke apa siSultan 'buta' hati ni. Setiap saban tahun ini ajalah kerjanya. Konon-kononnya prihatin.  Beta..." sayang rakyat beta. Inilah.... sambil naik motor BESAR, Beta akan bawak beras, minyak masak banyak-banyak. Beta ajak ramai kawan-kawan beta. Penat beta tau. Demi rakyat beta berkorban". Piraahhh!
Kelakar betul Sultan johor ni. Hantar ajelah dengan lori apa-apa pun makanan yang nak disampaikan. Datanglah kerumah rakyat johor dengan cara biasa aja . Datanglah berjalan kaki jika mahu "kembara mahkota Johor". Baru hebat! Ini tidak..... Sultan johor datang naik motor BESAR. ASIK-ASIK NAK BERSERONOK.

Pembaziran semua ini sebenarnya. Mangkuk ayun orang tua ni. Aku akan pasti nanti bila Imam Mahdi datang, seluruh kaum kerabat termasuk kamu makan 'motor besar' tu. Hampeh!Kelapa tua tak bersantan...... komeng ditebuk tupai..... dikiranya geli-geli bidadari dari syurga.

Kos segala kelengkapan konvoi "kembara mahkota Johor" adalah jutaan ringgit. Membazirkan. Pastinya!

Pemimpin masyarakat kata "jangan membazir..... syukurlah dengan nikmat yang ada.  Kita ini hamba rakyat... wajib menjunjung titah Tuanku.

Nabi Muhammad SAW ketika melihat Saad bin Abi Waqas sedang berwuduk, Baginda bertanya:
  •  “buat apa kamu?,” lalu Saad menjawab: “aku berwuduk wahai Rasullullah”, “Jangan membazir”, pesan Rasul ALLAH. Nabi seterusnya menegaskan, jika seseorang itu mengambil wuduk di sungai yang mengalir sekalipun, mereka tidak boleh membazir dan hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Ibn Majah.
 Pembaziran yang sedikit ini diceritakan kepada semua umat manusia. Nabi kata jangan membazir. Semua hamba rakyat jangan membazir. Ini pesan Nabi kita. Kata Sultan Johor pada semua rakyat johor yang juga mangkuk ayun.... sambil misainya terkerut-kerut. Macam karton 'Smurf'.

Sudah lama dah Muhhamad meninggalkan kita. Masih lagi kita terdengar nasihat tersebut. Mengapa tak beritahu kepada Sultan johor itu sendiri, wahai ulama pewaris nabi...... kenapa? Hamba raktyat cuma bazirkan 20 sen.. 5 sen... 10 sen aje. iyalah air wuduk aje pun. Itu pun nak kecoh-kecoh. Double Standard ke?
kembara mahkota2

Teruk betul Alim ulama yang ada hari ini. Mereka memaksa kita supaya percaya semuanya. Kita dipaksa untuk percaya apa yang mereka percaya. Sultan Johor yang 'haprak' ni disuruhnya kita percaya adalah anugerah Allah untuk manusia. Gila apa. Mereka tambah satu mangkuk ayuh lagi. Si Sultan Selangor yang kerjanya cuma berzina dan WINE adalah kurnia Allah untuk rakyat Selangor..... ini disuruhnya kita percaya. Gilo apo! Ramai yang percaya. Manusia sudah jadi semakin bodoh.

Islam adalah ugama yang akan merahmati seluruh umat manusia sehingga akhir zaman. Segalanya telah Allah Tuhanku sempurnakan untuk kamu. Ia mencukupi semuanya untuk sesebuah Negara membina satu kerajaan yang berjaya dunia dan akhirat.

Di Arafah  Rasulullah menyampaikan khutbahnya yang terkenal dengan nama khutbah wada’ atau khutbah perpisahan, karena tak lama setelah menyampaikan khutbah itu beliaupun wafat. Di saat itu, ayat Al-Qur’an, surat al-Maa’idah ayat 3 turun sebagai pernyataan telah sempurna dan lengkapnya ajaran Islam yang disampaikan Allah SWT melalui Muhammad saw. Firman Allah SWT :
  •  “..Pada hari ini telah Ku-sempurnakan untuk kamu agamamu dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku dan telah Ku-ridhai Islam itu menjadi agama bagimu….” (Al-Maa’idah:3)
Maka mana-mana atau pun sesiapa yang menyebabkan Islam terhalang untuk disebarkan adalah musuh Islam. Sesiapa yang menjadikan Islam nampak sebagai ugama yang 'bodoh' adalah musuh Islam. Sesiaapa yang menjadikan umat manusia yang lain benci dan meluat dengan Islam adalah musuh Islam. Walaupun kamu adalah Raja-raja yang berdaulat termasuk Kerajaan Brunei. Semua yang aku nyatakan diaatas adalah parasit-parasit dalam ugama Islam. Ini dia musuh Islam sebenar. Nantikan kemunculan aku.

Mana-mana alim ulama yang bersekongkol dengan PARASIT-PARASIT juga adalah musuh bagi aku. Semua kamu pasti akan ku beri ruang untuk bertaubat. Pastinya. Selepas semua ruang kemaafan ku tutup. Semuanya kamu akan aku musnahkan. Satu.. satu.. satu... seterusnya semua kamu. Akan aku musnahkan semuanya. Aku akan menghadapi kamu dari hadapan semasa kamu sedar dan bernyawa. Aku akan merampas kuasa itu dari jantung-jantung kamu. Kesemua ini adalah kebenaran. Aku bukan seorang pendusta Ugama.

Percayalah apa yang kamu percayai tidak kira apa pun ugama kamu. Allah yang memnentukan dari rahim mana kamu akan dilahirkan maka sudah pasti Allah Tuhan tidak akan memusuhi kamu. Ikut lah ugama nenek moyang mu dengan betul, tertibnya. Jangan dilanggar semua prinsin-prinsip dalam berugama. Mana mungkin Allah tuhanku tidak tahu siTali namanya. Dia seorang asli yang tinggal diPapua. Mereka menyembah semangat Batu.

Jiwa siTali ini juga sedang diuji sama macam kita semua. Dia tidak boleh derhaka kepada orang tuanya pasti. Dia wajib percaya ada satu Semangat yang sangat-sangat kuat. Semangat ini berkuasa mencipta juga menjaga rezeki siTali juga seluruh keturunan. Tiada dosanya jika ini yang siTali percaya. Pastilah dia mati nanti dengan rasa bangga seperti jiwa-jiwa yang berperang menghadapi musuh yang kejam dan zalim.

Salam. jumpa lagi bye.


13 comments:

  1. Dhada dan Annur apakah kamu sudah lupa pada aku? komen kamu memberi kekuatan kepada aku untuk terus menulis.

    Salam

    ReplyDelete
  2. Kamu boleh berikan aku satu tajuk dan aku akan cuba menulisnya sebaik mungkin yang aku termampu.

    Kalau aku tidak mampu akan aku beritahu tanpa malu-malu. Kita adalah makhluk cuma... ilmu bagi kita adalah umpama makanan bagi bayi..... perlu disuapkan bila perlu sahaja oleh ibu kita. Itu pun jika kamu mengerti.

    ReplyDelete
  3. hehe huhu

    keluarkan post tentang takdir. dimana kita tak boleh lari darinya. dan bagaimana tentang doa dalam memjalani takdir itu..

    Dhada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dhada...., Aku ingat kamu telah ditangkap polisi gara-gara menyokong aku. Janganlah menghilang tanpa bicara. Cemas aku.

      Kelip-kelip ku sangka api kalau api mana obornya.
      Hilang ghaib ku sangka mati kalau mati mana kubornya.

      Aku ini kebal dengan segala jenis senjata maupun undang-undang manusia aku pun tak tahu kenapa. Dulu diusia remaja 19..... 30 aku terlibat dengan banyak jenayah -jenayah kecuali rogol, zina dan membunuh. Selain dari jenayah itu aku buat yakni merompak, dadah dan pukul orang. Aku ini ibarat halimunan. Polis macam tak nampak aku.

      3 jenis jenayah ni aku sangat pakar. Pada usia 30 aku tinggalkan semuanya. Aku dah bertaubat dan kini aku ingin menyumbang bakti pada semua kamu.

      Aku mulai dengan menulis sikit-sikit dengan petunjuk dari Allah Tuhanku. Kamu sepatutnya sudah mengetahui siapa aku dari awal-awal lagi. Lihat aku dan fahami aku melalui mata hati mu.

      Salam. Gila apa manusia.

      Delete
  4. Cuba kamu cari apa dia Wasiat Hang Jebat.
    Saya sahabat kamu, saya mengakui kata-kata kamu memang benar.
    Kuatkah kita melawan arus? Memang benar, saat kebenaran itu datang ia ibarat menggenggam bara api.

    Aku ada juga mendengar kata hati aku tentang kamu. Biarlah Allah yang menentukan. Sesunguhnya kita ini diakhir zaman. APA YANG TERTULIS BENAR AKAN BERLAKU.

    Semoga Allah mempermudahkan dan moga kita sentiasa dalam rahmat. Semoga diberi kekuatan. Aku ini pengecut wahai Abu.

    Dhada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku ada juga mendengar kata hati aku tentang kamu. Biarlah Allah yang menentukan. Sesunguhnya kita ini diakhir zaman. APA YANG TERTULIS BENAR AKAN BERLAKU.....

      Wahai Dhada yang budiman semuanya yang kamu tulis diatas adalah KAMU. Itulah KAMU semua umat Manusia biarlah Allah yang menentukan. Mari aku ajari kamu lagi.

      Kita ini dalam satu perjalanan yang jauh dan amat meletihkan. kita sudah sangat2 hampir dengan tujuan. Dhada kamu nampak ada onak dan duri menghalang perjalanan kita.

      Atas nama sayang kan sahabat kamu alihkan serta buangkan jauh-jauh semua onak dan duri. Tak perlu pujian... kamu ikhlas membantu.Tiada seorang pun sahabat kita yang mati ataupun luka ditusuk sembillu tajam ketika perjalanan ini.

      Semuanya kerana kamu Dhada. Jika kamu fahami apa yang aku maksudkan pastinya kamu tahu bahwa ayat...... '"biarlah Allah yang tentukan'" adalah peluru kecil paling berbisa yang ditembak kepada manusia oleh Ibliss. Setiap kamu satu.. satu.. satu.. telah ditembusi oleh peluru ini.

      Semua kamu jadi malas berusaha.... Takdir adalah ketentuan Ilahi.... disebabkan itu kamu lebih rela korek taik hidung dihadapan TV..... serah semuanya pada Allah. Kenapa begitu wahai Dhada.

      Segala apa pun masaalah yang manusia tanggung sudah pasti manusia lah yang akan selesaikan.... ini tugas Jiwa.

      Biar Allah tentukan membunuh mati semua kekuatan manusia. Bodoh.

      Salam. Jumpa lagi

      Delete
  5. HMMm..

    Makanya hidup aku, aku yang tentukan?
    Bagaimana pula kadangkala peraturan agama yang mengekang sehinggakan kita seolah-olah perlu patuh pada kejahatan yang memakai pakaian jawatan sedangkan kita semakin layu dan layu kerana ia benar melawan semangat jiwa yang benar.

    dhada

    ReplyDelete
  6. Hidup kamu.... pastinya kamu yang uruskan. Ia betul semuanya.

    Dhada, aku ini lelaki paling sexy diAlam Cyber..... tanpa malu-malu tak berbaju. Aku tidak hipokkrit. Aku bukan mencari pengikut. Aku tidak memaksa kamu untuk percaya apa2 pun.

    Aku dengan sengaja paparkan gambarku tanpa malu-malu. Kerana apa? Kerana hanya jauhari sahaja yang dapat mengenal manikam.

    Ilmu yang aku tulis pastinya tidak seiring dengan penampilan aku. Sapa2 pun yang baca tulisan aku pasti tidak percaya bahawa inilah lelaki yang menulis semua catatan yang kamu baca. Iya kan Pasti!

    Ketika kawan isteriku diperkenalkan kpd aku.... dia terkejut tupai melihat aku.... kiranya pada dia aku ini Ilmuan Agama... dah tua pulak tu... Pastinya berpakaian agama.... iyalah sami ada pakaiannya, paderi ada pakaiannya, rabai ada pakaiannya.

    Semua itu pakaian ugama..... siapa tetapkan? Allah... biar betul. Kamulah manusia yang menetapkannya. Kamu dgn sendiri menetapkan pakaian tertentu pada setiap agama. Pasti!

    Sebaik mana pun seseorang itu... hebat setara mana pun dia.... jika kamu masih kekalkan pakaian ini. Semua kamu pastinya tidak dapat bersatu.

    Cuba kita lihat Nik Aziz yang berpakaian ugama. Baik... taat.. tidak rasuah.. sopan... tidak gelojoh... pintar dan berilmu. Mahukah orang bukan Islam menyokong Nik Aziz seratus peratus. Nik Aziz sebaik-baik manusia yg hidup dan masih bernyawa ditolak.

    Kenapa semua ini berlaku? kenapa? kerana pakaian agama. Orang bukan Islam rasa seolah-olah kena masuk Islam la pulak jika menyokong Nik Aziz... Iya Pasti!

    Begitu juga kamu, hebat setara mana pun seseorang Paderi.... Mahukah kamu pilih siPaderi itu jadi ketua kamu untuk berhadapan dengan Allah nanti.... tak mahu. Pasti! Iyakan.

    ReplyDelete
  7. Kenapa kamu ni aneh ya Abu BAkar?
    Aku sungguh hairan dengan kamu. Pelik. Sungguh pelik.
    Apapun aku masih mahu mendengar cerita kamu.

    Aku sedang hayati semut2 hitam yang berbaris panjang itu.
    Tidak aku mentertawakan kata-kata kamu hanya ketawa pada lawak2 namun aku serius membacanya.

    Ceritalah lagi. Namun aku tak pasti sama ada aku akan turut serta bersama kamu atau tidak. Aku punya suami dan anak. Mereka lebih perlukan aku.

    Di sininya aku kerana aku mahu tahu siapa aku. Mengapa terasa berada di dalam bilik padahal hal itu tidak diendahkan yang lain.

    Sungguh ku terasa diri ini berbilik-bilik dan aku semakin sedar dan perasan akan kehadiran jiwa dan suara-suara di dalam diri ini.

    dhada

    ReplyDelete
  8. Gila apa manusia, Wahai Dhada yang budiman.... kenapa aku terasa pelik.

    Pelik apa? Jawap la. Aku tidak pernah tanya kamu sudah kahwinkah, untuk apa?

    Tidak perlu tulis siapa kamu. Ada anak ke? Yang bersuami itu jasad kamu.

    Jiwa ini sendiri ketika diuji.. aku juga tidak mahu tahu kamu lelaki ataupun perempuan.


    Jiwa

    ReplyDelete
  9. Dhada, kamu Pastinya sudah tahu siapa aku.

    Semuanya diri tahu dia sendiri yang tentukan.... terpulang kepada kamu jika tidak mahu meninggalkan
    taman permainan.

    Aku baca tulisan kamu di jeneral mahdi and the last generation army... bersemangat....

    Marilah kita berjuang habis-habisan.... nanti kita semua yang berjaya diBumi..... tidak malu kita bila berhadapan Allah.

    ReplyDelete
  10. jaya negara ni borak berdua je ke dgn dhada kat blog ni... borak tak ajaaaaakkk

    ReplyDelete