Tuesday, 19 June 2012

JELAJAH DAN TERUS-TERUSAN MENJELAJAH.

Ini adalah utusan kepada sahabat-sahabat yang mahu mengerti........ yang tidak mahu tahu apa-apa. Minggir kamu. Terus-terusanlah makan dan minum sesuka hati mu. Biar gemuk dan bulat macam babi. Ahh!....babi pula berkecil hati la pulak. Sori babi aku tidak menghina kamu..... cuma manusia yang ikut gelojoh kamu saja yang aku kutuk. Aku sayang kamu wahai babi seadanya. Mengertilah wahai babi.



 Biarkan aku sendiri disini.... diperjalanan ini. Kepada yang telah mengerti cepat-cepatlah kemari... Mana mungkin takdir akan menunggu kamu. Cepatlah aku terlalu bosan sendirian. Tidak mampu untuk ku harungi perjuangan ini tanpa kamu semua. Dimanakah kentalnya 'jiwa' seorang pejuang kerana hanya lapar sehari membunuh semua mimpi-mimpi kemenangan. Aku juga lapar dan dahaga tapi kugagahi jua demi umat manusia semua.

  Hadis nabi Maksudnya:
  • Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam (Tahajjud). - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Shiyam, no: 1163
Firman Allah Maksudnya:
  • Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "solat Tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. - Surah al-Israa’ (17) : 79
Gagahilah 'jiwa' mu untuk berpuasa sunat sepanjang hidup mu. Begitu juga solat tahajjud jangan ditinggalkan. Berusaha lah dengan sungguh-sungguh.... kerahlah semua kekuatan yang ada untuk menjadi hamba Allah yang cuma ada satu dalam sejuta. Kamulah yang menentukan nasib kamu kerana ini adalah perjuangan kamu bukan Tuhan. Apa ke jadahnya Allah telah awal-awal menentukan pemenang. Tuhanku sekadar mempersiapkan semua  bekalan hidup Dunia khusus untuk kamu. Fahamilah kata-kata ku ini wahai teman sejatiku Dhada.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
  •  “Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahkan nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
Apakah nikmat paling besar dari Allah untuk kamu wahai teman?. Nasi lemak lauk sotong atau roti canai.  Gila... Jika sesiapa bertanya kepada ku apakah nikmat Allah yang terhebat untuk aku? Aku dapat mengenal Allah dengan sebenar-benar kenal. Inilah hadiah paling hebat untuk aku pada kehidupan ini. Aduh! sudah kelaut la pulak. Sambung.......

Bangun pagi terus gosok gigi dan mandi...... berpakaian serta terus ketempat kerja. Hamba Allah begini sangat ramai tapi tidak yang paling ramai. Bangun pagi tak bangun-bangun...... bangun untuk makan dan tidur tak bangun-bangun. Tidur selama-lamanya adalah kematian. Inilah hamba Allah yang paling ramai. Ada yang lain tapi terlebih dahulu fahami maksud ayat ini.

Firman Allah yang bermaksud;
  • “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) sholat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,” (QS.al Baqarah(2):45)

Lihat ini..... bangun tidur awal.... gosok gigi dan mandi. Bergegaslah ke masjid tatkala terdengar lauungan azan subuh. Selepas tertunai kesemuanya..... pergilah ketempat kerja demi menyara kehidupan kamu dan keluarga. Hamba Allah sebegini disayangi Allah selama-lamanya. Ada lagi hamba Allah yang lagi hebat dari ini. Baca dulu maksud firman Allah ini.

 Firman Allah yang bermaksud:
  • “Dan perintahlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang yang bertakwa.” (Surah Toha, ayat 132).
Nah amik kau! Hamba Allah ini berpuasa pada siangnya. Kurus sedikit jasad ini..... iyalah kurang makan.   Dia bangun disepertiga malam untuk tunaikan solat tahajjud serta berzikir. Dia berdoa agar dilimpahi rahmat. Dia juga berdoa agar dimurahkan rezeki. Selepas semua ini dia tidur kembali. Bangun awallllllll pagi gosok gigi dan mandi. Maka bergegaslah kemasjid tatkala terdengar laungan azan. Selepas tertunai semuanya pergilah ketempat kerja..... demi untuk menyara hidup keluarga. Hamba Allah ini ulang dan terus mengulangi amalannya. Hamba Allah yang sebegini cuma ada satu dalam sejuta. Kamukah yang aku maksudkan? Tidak.... apalah malang.

Ada lagi yang lebih istimewa. Hamba Allah ini cuma ada satu sahaja dari awal-awal Adam sampai ke umat Islam hari ini. Cuma satu sahaja. Dimanakah Hamba Allah ini?

Lihat apa yang dibuatnya hamba Allah yang satu ini... Jom kita jelajah diri demi diri aku dan kamu. Terus terusan menjelajah. Siapakah aku? Siapakah kamu?  Satu..... satu.... satunya yang ada dan hidup serta bernafas.

Disiang hari aku bekerja dan .berpuasa...... cukup waktunya aku berbuka seadanya. Tidak kubenarkan juadah terhidang depan mata tatkala berbuka. Kukira aku gagal jika aku makan apa yang aku mau. Jiwa ini cuba untuk bertahan. Tidurlah aku apa kala malam menjelma... tak lena tidurku gara-gara akal ku yang tidak mahu tidur. Kugagahi jua.

Disepertiga malam aku bangkit untuk solat tahajjud. Setiap hari mengikut masa yang aku mampu.... hari-hari selamanya.  Pernah aku penat dan lesu tidak larat aku... aku cuma manusia. Kukatakan pada Allah Tuhanku.... "BOSS... aku penat... aku lelah"...... ianya cuma dalam hati. Aku dibenarkan berehat oleh Allah Tuhanku. Aku dapat merasainya... Allah berbicara kepada aku.

Aku lalui hidup sebagaimana kamu cuma beza aku tidak pernah memohon apa-apa dari Allah Tuhanku. Aku berpuasa... aku hormat ibubapaku.... aku sayang manusia semuanya. Apakala malam ku bangkit untuk solat tahajjud.... benar-benar aku solat pada ketika itu. Kuserah seluruh jiwa raga pada Allah Tuhanku. Ikhlas cuma untuk Allah tidak pada yang lain.

Aku taat... aku tunduk... aku patuh semuanya. Selepas semuanya aku terus tidur tanpa minta apa-apa. Doa yang menjadikan aku ini berbeza dari seluruh umat dunia. Cuma Doa.

Terlalu banyak kurnia Allah untukku, lantaran itu aku berbicara dengan Allah Tuhan ku...... "cukuplah BOSS banyak sangat ni. BOSS cukup lah". Sudah pasti Allah itu Maha Mengerti tapi cuma aku ingin berseloroh dengan Allah Tuhan ku. Allah benar-benar sayang dan kasih kepadaku. Aku dapat merasakannya belaian Kasih sayang Allah. Itu pun jika kamu semuanya mahu mengerti.

Pernahkan kutulis kepada yang pernah membaca tulisan ku. Minta pada Allah cuma yang ada sahaja. Jangan minta sesuatu yang diada-adakan. Ramai telah menyedari Dunia yang kita tinggal ini tidak ujud sebenarnya. Jadinya kenapa minta mahu rumah besar... kereta besar.. isteri kurus dan cantik. ILUSI...... semuanya ini. Gila betul Tuhan ini. Tidak ujud bermakna tidak ada. Percayalah kita pasti dicukupkan oleh Allah Tuhanku. Tidak perlu minta-minta...... Bukankah Allah Tuhan kamu Maha Mengerti. Pasti!


Salam. Jumpa lagi. Bye..


14 comments:

  1. Dhada... dimanakah kamu. Tidak sayang ke kepada aku..

    Kamu memberi aku semangat untuk menulis... kita biarkan siAli Osman dengan sifat malas membacanya

    Dhada... jika kamu lalu disini. Tulislah sesuatu. Aku ini manusia bukanya Tuhan. Aku tidak tahu apa-apa. Kasihanila aku wahai teman ku Dhada.

    ReplyDelete
  2. Annur sudah matikah kamu... mana bicara selamba mu.

    Annur marilah kita berbicara... tanyalah apa yang kamu mahu. Aku cuba jawap jika aku tahu.

    Annur janganlah asik dibawah selimut sambil makan roti kaya... tidak basikah kaya itu.. aku terbau sesuatu yang basi.

    ReplyDelete
  3. aku ada selalu membaca karyamu itu..
    cuma senak memakai korset mahu kurus kononnya... hahahaha

    aku suka membaca semuanya itu...cuma aku diam sebentar.
    ini pun baru sikit aku baca post kali ini.

    nnt aku bicara lagi ya...

    huhu babi...nak ke mana tu?

    dhada

    annur sibuk sikit

    ReplyDelete
  4. ok terima kasih Dhada, sikit pada kamu tapi sebesar lautan penghormatan kamu pada aku.

    Aku akan terus menulis meskipun cuma kamu dan hambali sahaja yang membaca.

    Terima kasih untuk kedua kamu Hambali dan Dhada.

    ReplyDelete
  5. aku akan persiapkan diri!
    pagi-pagi aku sarapan mengadap matahari terbit sambil memikirkan persiapanku utk ini semua.
    dah tak boleh malas-malas....

    dhada

    ReplyDelete
  6. Terima Kasih Allah kerana sudah ada 3 orang peminat tetap tulisan ku, tapi aku sebenarnya mahu tulis lebih dari ini.

    Aku ada ilmu yang lebih besar dari ini cuma bimbang akal kamu bertiga tiada "chasis" untuk memuatkannya. Pasti nanti kamu akan menjauhi aku. Bukan mudah untuk menerima semuanya.

    Kamu perlu persediaan, solat tahajjud dan puasa sunat itu saja selebihnya aku tak tahu. Kekuatan fizikal atas usaha kamu dengan bersenam. Spirittual kekuatannya datangnya khas dari usaha yang ikhlas benar-benar kerna Allah.

    Antara setiap JIWA dan Allah tiada orang tengah. Cuma Allah sahaja yang dapat menambah darjat kemakhlukan seseorang hamba.

    Pasti akan terpancar diwajahnya. Disinilah apa dikata orang " hanya jauhari yang dapat mengenal manikam".

    Benar aku dapat menilai seseorang dari wajahnya tapi mampukah kamu menerima penilaian aku sekiranya ia jauh dari apa yang kamu harapkan.

    Salam. Jumpa lagi Bye.

    ReplyDelete
  7. Jangan meminta barang yang tiada...

    Kini ku mngerti...

    Antara ilusi dan realiti..

    terima kasih abu..

    dhada

    (hambali tu siapa? ali osman pula apa kbrnya? annur agak sibuk)

    ReplyDelete
  8. abu...

    jiwa itu wujud tak?

    dhada

    ReplyDelete
  9. Jiwa sahaja yang wujud sebenarnya..... selainnya apa yang kamu nampak, kamu rasa sejuk atau pun panas, apa yang kamu makan baik atau basi, cantik, buruk apa2 saja ia ilusi.

    Cuba cari artikel Stephen Hawking pasal alam ini. Dia punya ilmu lebih mantap dari aku. Dia manusia terpilih, punya akal mengatasi kita. Kecacatannya satu kekurangan tapi Allah tambah anugerah dalam bentuk lain.

    kita manusia tak boleh terlalu angkuh demi Islam yang kita anuti sehingga menafikan kebenaran insan lain.

    Ilmu yang islam miliki kebanyakan dalam bentuk khayalan siSufi tidak mantap. Itupun mereka siSufi berbangga walaupun tanpa bukti. Sains dan Hukum yang terpahat diluh Mahfuz sebenar didatangkan sebaris.

    Berbeda Hukum di Luh mahfuz dengan Kun Fayakun ia tidak datang sebaris. Perhatikan semut hitam yang berbaris panjang semua mereka sangat tertib dan berperaturan. Setiap satu tidak boleh mengatasi yang lain.

    Hukum sains yang terpatri diLuh Mahfuzlah tugasnya mencorak dan melakar Alam maya. Inilah yang kita namakan takdir.

    Semuanya ini tidak boleh berhenti walaupun sedetik dan ia tidak mungkin berlaku kerana apa?. Kerana ini dia yang dinamakan perancangan Tuhan.

    Umat Islam hari ini sering berkata Islam pasti menang. Musuh islam merancang tapi pastinya perancangan Allah yang berjaya.

    Wahai Dhada, jadilah manusia Islam yang bijak. Gila apa Allah memusuhi apa yang dia sendiri cipta. Musuh Islam cuma musuh Islam tidak musuh Allah.

    Apakah Allah telah merancang demi kemenangan Islam? Jawap soalan Aku. Jangan jadi bodoh wahai Dhada juga Hambali. Memenangkan Islam satu kerja bodoh. Ia terlalu kecil walaupun bagi aku yang cuma Hamba Allah. Jangan kamu memperkecilkan Allah Tuhanku.

    Perancangan Allah merangkumi semua dan ianya telah tamat Tatkala JIWA kita ALLAH ciptakan dulu-dulu lagi. Comemon my friends don't so stupid.

    Allah Maha Hebat dan kamu memperkecilkan Allah.... apakah kamu mahu aku mengikut kamu. Tiada lagi perancangan Allah.

    Apakah kamu fikir takdir akan mengikut kehendak kita umat Islam. Bila umat Islam lembab rancangan Allah jua lembab maka malaikat juga akan malas menjadikan kita manusia bertambah malas. Gila apa manusia.

    Untuk yang membaca komen ini. IMAM MAHDI DATANG NANTI BUKAN UNTUK MENDAKAP UMAT ISLAM. CUKUP BANYAK KESESATAN ISLAM HARIINI. IMAM MAHDI ADLAH UNTUK MENYEDARKAN SELURUH UMAT MANUSIA.

    Imam Mahdi kamu wahai umat Islam, yang mana ditugaskan untuk membunuh babi telah tertinggal keretapi. ha ha. Kat Tumpat kot?

    Salam Jumpa lagi. Bye

    ReplyDelete
  10. Dhada, Annur ni wujud ke atau ia adalah kamu pada sisi yang berlainan.

    Dulu lagi aku nak tanya pasal Annur.... sebabnya Annur ini macam hantu... Annur lahir dari bayang-bayang kamu wahai Dhada.

    Siapa Hambali? Dia sahabat lama aku... aku memberanikan diri bercerita padanya siapa aku. Hambali dapat menerima tapi tak tertelan semuanya. Sering sangat dia tercekik. Kini Hambali satu-satunya orang harapan aku. Lawatlah fb dia wahai dhada nanti kamu tau dia sapa.

    Aku letak harapan yang sangat2 besar pada Hambali. Puasa sunat dan tahajjud aku wajibkan untuk Hambali.

    Salam. Jumpa lagi. Bye.

    ReplyDelete
  11. Annur adikku.. bukan sisi depan, belakangku wahai Abu.
    Kami seibu sebapa. Tidak nampakkah kamu kami selalu berlainan fikiran?

    Malah yang selalu memberi komen di sana sini adalah dia..bukan aku.

    Dhada

    ReplyDelete
  12. Maka Annur bukannya hantu.... ha ha sori la acii saya tada perasan ini hal..

    Salam Jumpa lagi Bye

    ReplyDelete