Thursday, 7 June 2012

DARI DESA.... apa bekal mu. Gitar tua!... ha ha

MANUSIA.... Aku.... kamu... kita semuanya sangat-sangat penat. Kita ini sebenarnya telah lama dan terlalu jauh berjalan. Jauhnya aku dan anak isteriku berjalan.... aku mahu rehat sebentar. Wahai! Isteriku tolonglah picit-picit kaki aku. Dah lenguh ni.... picitlah betul-betul! Urat-urat hijau tu menandakan ada aliran darah yang terhalang. Nanti akan ku picit-picit pula kaki semua kamu... biar kita lega sedikit.

                                            TAPAK-TAPAK HAMPIR

Penatkan. Waktu untuk makan bekal yang kamu bawa. Makanlah sikit-sikit..... pastu minum. Nanti kita nak berjalan lagi. Dah tak jauh nun aja. Nampak tak jalan dah semakin landai.... sudah semakin hampir kita dengan tujuan..... NAMPAK TAK..... itu.......................?

 Eh! kenapa Gitar tua kamu jadikan bekalan wahai Dahlan Zainuddin. Oh! kamu mahu menghiburkan kami. Teruskan niat baik itu tak ada salahnya. Aku kira kamu mahu makan gitar barang kali?. " TIDAK" ooo no. "dari sebuah desa berbekal Gitar tua.... datang ke ibu kota dengan penuh harapan"..... kita teruskan perjalanan kita. Jom! Yang menyanyi teruskan tapi pastikan cuma yang indah-indah bait lagunya.

Cahaya selalu digambarkan sebagai harapan. Apakah yang diharapkan? Terpulang apa mau mu. Pastinya yang baik-baik aje. Sibuta dalam kegelapan dimanakah 'harapan' untuknya. Adilkah Allah Tuhan ku pada ketika itu? Adilkah? Adilkah..... jawap soalan aku.



ALLAH Tuhanku sayang semua kamu. Allah tahu semuanya tentang kamu.
  •  Excuse me sir " What do you do for your living.... " eerr saya Ramual Anthony.. I am eeer...... aku kerja tukang kayu... ugama aku Hindu.... aku tinggal di  No. 26 Jalan Merung Maha Wangsa 2. Ipoh ,Perak. Malaysia. Aku ada dua anak.... satu lelaki satu perempuan. Aku mahu jadi bapa yang baik. Anak-anak ku akan kubesarkan jadi Insan berguna. Anak-anak aku, diberikan kasih sayang secara bijak oleh aku suami-isteri..... aku sedang cuba untuk pastinya mereka akan lebih baik dari aku nanti "..... EHhh siRamual Anthony ni melebih-lebih la pulak... aku tanya sikit aje.... dijawapnya berjela-jela.
Manusia perlu bertanya untuk kenal sesuatu. Lebih bertanya lebihlah infonya.... terlebih kenallah kita nanti dengan subjek. Persoalan mahupun pertanyaaan  dibekalkan oleh Allah Tuhanku kepada manusia..... supaya manusia tidak sesat. Belajar sikit-sikit. Belajar sampai pandai. Ilmu cuma untuk manusia aja. Maha Suci Allah.

 Allah kenal siRAMU serta semuanya kamu. Allah yang menentukan dari Rahim siapa siRamu akan lahir. Allah tentukan dengan siapa siRamu akan kahwin.. Allah Tuhanku akan tentukan siRamu pasti akan sayang anak dan isterinya dengan sungguhh. Allah Tuhanku menentukan segala-galanya. Iya ke? SiRamual Anthony ni jenis Robot berbangsa India ke? Kita pulak robot melayu... dari jenis Tuhan paling sayang. Iya ke? Susahnya hidup ini walaupun sebagai robot.... aduh... Baca maksud Firman Allah.

Allah berfirman dalam surah .At-Takwiir ayat 27 hingga 29.
  • Yang bermaksud: Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam. Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul. Dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam.
 Allah menentukan "SEGALANYA"........ semuanya ini " KERJA " Allah Tuhanku. Pasti tidak! Nonsense!  Ramual Anthony seorang lelaki Hindu yang baik dicampakan keNeraka... CUMA... CUMA.... kenapa? Apakah kesalahan siRamual?  Apakah Allah Tuhanku berkecil hati gara-gara siRamu tidak kenal Tuhan seperti apa yang dinyatakan dalam Alquran. Allah Tuhanku berkecil hati... biar betul.

ALLAH Tuhanku lahirkan siRamual melalui rahim siKamala Dewi pastilah sebagai hindu.  Kemudian selepas Allah Tuhanku mematikannya.... dicampakkan lelaki baik ini keNeraka jahanam penuh dengan siksaan. Something is wrong ...... Inikah yang kamu semua Umat melayu katakan sebagai "KERJA" ALLAH. Gila apa manusia melayu ini... juga Jawa serta apa-apalah. Gila kamu semuanya.
  • Penganut agama Hindu sebagian besar terdapat di India. Di sini terdapat sekitar 90% penganut agama ini. Agama ini pernah tersebar di merata diAsia. Hindu ugama tertua diDunia.
  •  Agama ini merupakan lanjutan dari agama Weda (Brahmanisme) yang merupakan kepercayaan bangsa Indo-Iran (Arya). Agama ini diperkirakan muncul antara tahun 3102 SM sampai 1300 SM dan merupakan agama tertua di dunia yang masih bertahan hingga kini.
  • Widhi Tattwa - percaya kepada Tuhan Yang Maha Esa dan segala aspeknya
  • Atma Tattwa - percaya dengan adanya jiwa dalam setiap makhluk
  • Karmaphala Tattwa - percaya dengan adanya hukum sebab-akibat dalam setiap perbuatan
  • Punarbhava Tattwa - percaya dengan adanya proses kelahiran kembali (reinkarnasi)
  • Moksa Tattwa - percaya bahwa kebahagiaan tertinggi merupakan tujuan akhir manusia.
KERJA.... perlu tempuh MASA. MASA sedetik pun kelemahan bagi Allah Tuhan ku... jadi apakah Allah itu BEKERJA? Mana mungkin Allah Tuhan ku bekerja... buat kerja pulak kerja bodoh dan tak senonoh. Dimana Maha Bijaksana Allah Tuhanku? dimana?..... kamu seluruh umat Islam sudah berTuhankan Iblis cukup lama. Kamu sendiri wahai umat Melayu yang mengaku Islam juga tidak kenal Allah seperti layaknya kamu sebagai hamba.

AAAAA! Ini barulah betul. Tuhan Iblis kamu memang 'Kerjanya' begitu. BONGOK! BEBAL!

IBLISSS ini telah memperdaya bukan sahaja umat Islam malah seluruh umat manusia. Hindu, Buddha juga Kristian serta Yahudi. Padan muka semua kamu umat manusia. Semakin lama kamu hidup dibumi kamu jadi semakin bodoh. Kamu sombong dan angkuh. kenapa? kerna selama ini kamu telah berTuhankan Ibliss tanpa kamu sedari. Semua kesombongan dan keangkuhhan  kamu umat manusia diperturunkan dari Ibliss Tuhan kamu. KENAPA BEGINI JADINYA HIDUP? Aduh... sakitnya aku.

Gitar tua kenapa tidak ku dengar bunyinya..... Dahlan Zainuddin sudah matikah kamu?.... lagukan lagu yang indah-indah untuk ku semuga terubat Jiwa ku yang sengsara. Sakitku ini  entah bila akan sembuhnya.

Salam. Jumpa lagi nanti. bye!





11 comments:

  1. lum baca lagi...
    tunggu.....
    ku peminatmu ... huhu

    dhada mistikus

    ReplyDelete
  2. Sudah baca mana komennya Dhada? Kamu teman sejatiku dialam Cyber. Ya! aku yakin dan pasti. Cuma kamu aje yang sudi memahami aku sebab Ali Osman sudah kerosakan Komputer gara-gara anaknya. he he

    Siapakah Ali Osman pada aku? mari aku cerita sedikit. Sikit saja!

    Aku ini sebagai anak... anak yang susah mendengar kata. Diusiaku 3 tahun ibu pernah mengatakan dihadapan aku... " kenapa susahnya menjaga yang satu ni... penatnya aku Ya Allah " Dikira aku tidak memahami kata-kata itu.

    Aku sebagai saudara..... begitu menjengkilkan bagi mereka. "Semuanya tidak kena..... dia aje yang betul. Dia ingat dia siapa?" Satu penghinaan. Aduh...... sakitnya jiwa ini.Benar kata mereka.... aku pun tidak tahu siapa aku. Mengelitik kesakitan Jiwa ini dijalanan bagaikan ikan..... terkotik-kotik aku.

    Bertahun-tahun kurawat jiwa ini untuk bangkit. Disaat semua manusia menghina aku, mengeji aku dengan pelbagai tohmahan..... siapakah yang sudi menerima aku dengan Ikhlas? Siapakah? Yang mencuci semua najis2 penghinaan yang dilempar kepada aku. Siapakah?

    Pastinya Ali Osman bin Idris. Sudah hampir 25 tahun kami bersahabat. Ali Osman tidak pernah walaupun sekali menidak segala kata-kata ku. Aku pulak yang pelik! Manusia ke hantu mamat ni.

    Tatkala semua manusia menjaukan diri dari aku. Dia rela aku penggal lehernya tanpa ragu-ragu. Siapakah Ali Osman ini. Wali Allah ke? Gila apa mamat ni. Cuma Jauhari yang dapat mengenal Manikam.

    Aku ini dianugerahkan Allah Tuhanku Ilmu untuk menilai manusia. Sekilas ikan di air sudah kutahu berapa harganya sekilo dipasar. Pasti! Rumahku berdekatan Pasar Borong Selangor. Iyakan!

    Aku ini benar-benar seorang Jauhari dan pastilah Ali Osman itu 'manikam'. itu pun jika kamu Dhada dapat mengerti.

    Salam.

    ReplyDelete
  3. Aku mengerti kerana aku juga tak punya ramai kawan. Tapi aku bangga punya persahabatan yang usianya kini menjangkau 21 tahun. Dari umur 7 tahun kami bersahabat. So, saya rasa fair. Tak ramai kawan pun takpe asalkan saya punya sahabat. Yang sanggup menangis bila teringatkan kesusahanku.

    Aku menilai hidup bukan ikut suka. Aku mahu penilaian yang benar dan biarlah ia berkekalan sehingga selepas mati pun. Itulah aku.

    Biar tak banyak emas bertimbun, asalkan permata yang satu di tangan lebih dihargai. Itu sudah cukup untuk aku.

    Aku dah biasa juga dimaki. Aku berbuat baik orang kata aku perempuan tak elok. Terserah. Yang penting aku tahu siapa aku dan apa yang aku lakukan. Jika aku salah, maka aku salah.

    Dhada

    ReplyDelete
  4. Cuma aku memang seorang yang degil.
    Keras kepala yang tak terkawal bak kata pakar motivasi.

    Dhada

    ReplyDelete
  5. kamu pun degil. annur tu pun degil. mahu aku sebat saja. tapi dia tetap adik aku.

    hm.. hantu manala yang tak bagi kami bukak blog ni. tak rasa apa pun.

    bukaklah blog lagi. apa susah. nanti annur ada utk hiaskan blog tu. huhu

    dhada

    ReplyDelete
  6. Aku lalui hidup kanak2 hingga dewasa dengan hati yang berkata.... kerana jika ku luahkan dari mulutku apa yang aku rasa.... tak siapapun mengerti.

    Islam ugamaku sendiri tak dapat ku ertikan apa itu 'hebat' kerna dilahirkan Islam. Kenapa? Iyalah! Ustaz yg menyarankan puasa sunat sepanjang hidup ini... kulihat berperut BONCIT.

    Aku dengar seorang sufi menangis dalam rintihan dicorong-corong Surau.... apa katanya.. "mulianya kamu wahai selipar.... rela mengabdikan diri cuma-cuma aje untuk manusia.... aku rela menjadi selipar buruk ini..." disusuli esak-esak hingus.

    Aku kata pada diriku.... " selipar tak memandu mercedes Atok sufi ooi"

    Kenapa begini jadinya hidup.

    ReplyDelete
  7. hahaha..lucu la si prince of noob ni..

    ReplyDelete