Monday, 4 June 2012

Babi.... nak kemana tu.

Cerita pasal babi.... la pulak

Babi sejenis binatang ciptaan Allah. Pasti!

1)Allah SWT berfirman yang ertinya:

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah:173)

2)Allah SWT berfirman yang ertinya:

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Maidah:3)

3)Allah SWT berfirman yang ertinya:

Katakanlah: Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul. (al-Maidah:60)

4)Allah SWT berfirman yang ertinya:

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-An'am:145)

5)Allah SWT berfirman yang ertinya:

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Nahl:115)

Allah haramkan makan Babi..... itu aje.

Allah cipta binatang yang namanya Babi. Untuk apa? jika sekadar ujian untuk umat Islam. Ujian dalam bentuk apa? Umat Islam.... nama babipun jika disebut dikhalayak ramai..... Pasti ramai yang marah. Sebut pun kita benci makan apatah lagi.

Allah cipta babi bukan sekadar ujian untuk Islam. Babi haram untuk semua umat manusia kenapa? Babi binatang kotor. Babi makan semua kekotoran. Babi hidup dan membesar dalam kekotoran itu. Semua kekotoran yang ditelan babi jadi daging untuk Sibabi gemuk dan terus gemuk.

Maknanya..... pemakan babi pasti makan semua kekotoran dari longkang yang busuk dan hanyir. Sama macam babi. Pemakan babi secara zahirnya telah pun menjadi babi.

Allah tegah... Jangan makan babi itu aje. Satu soalan..... Babi yang ada hariini bersih dan putih. Kenapa ya? Sebab Babi diternak dengan molek serta bersih.

Penternak babi zaman ini jaga bersih2 kandang babi. Daging babi jadi lebih enak dan halus.

Babi sudah tidak kotor lagi. Babi dijaga dengan baik... kandang Hawa dingin 24 jam.
Bersih dan terlalu enak daging babi sekarang.

Bolehkah umat Islam makan babi yg sekarang ini. Babi sudah tidak kotor lagi. Bolehkah? Tidak boleh.

Pasti Babi tidak boleh dimakan oleh seluruh umat manusia. Kenapa? Bukankah babi itu ciptaan Allah. Kenapa nabi Nuh susah2 bawak sepasang Babi jantan dan betina. Kenapa Nabi Nuh diberi tanggungjawap untuk naikkan atas kapal sepasang babi. Kenapa?

Babi binatang yang Allah ciptakan bukan untuk dimakan. Allah cipta babi kerana babi adalah binatang yang segala apayang ada pada mnusia.. babi pun ada. Kita berbeza dengan babi cuma pada nama. itu aje! MANUSIA....... BINATANG.

Allah ciptakan babi dari jenis daging yng hampir sama dengan manusia. Sedap... halus dan lembut.

Perangai tamak dan gelojohnya Babi hampir menyamai manusia. Hidup cuma untuk makan dan bergembira. Manusia hampir menyamai Babi dalam banyak tinggkah laku yang umat Islam benci.. tapi itulah yang dilakukan.

Soalannya kenapa Allah cipta Babi sampaikan Nabi Nuh diarahkan jangn lupa bawak babi sama naik kapal. Kenapa? Tidak boleh dimakan apa perlunya naik kapal... ikut rombongan Nabi Nuh.

Kerana apa? Kerana apa yang ada didalam darah babi... nanti jadi keperluan..... 2012

2012 diakhir usianya akan menjelaskan untuk apa Allah ciptakan Babi.

Salam.

13 comments:

  1. Replies
    1. Fikir dan fikirkanlah wahai sahabat jika kamu mampu.... kamu tidak akan mampu. Pastinya!

      Delete
  2. babi sungguh busuk walaupun mandi bunga...he

    dhada

    ReplyDelete
  3. ''Babi binatang kotor. Babi makan semua kekotoran. Babi hidup dan membesar dalam kekotoran itu. Semua kekotoran yang ditelan babi jadi daging untuk Sibabi gemuk dan terus gemuk.''

    Menggemok dengan memakan kekotoran. Yang memakan akan memakan si penggemar kekotoran itu lalu kekotoran terserap padanya juga sifatnya sekali.

    Hidup Babi!!

    hahaha

    dhada

    ReplyDelete
  4. blog kami dah tak dapat diakses oleh saya dan Annur lagi. kenapa ntah...
    kena bukak blog baru kot...

    tanyalagisamaituhudhud

    dhada

    ReplyDelete
  5. Ya! itulah yang saya alami. Penatkan usaha kita.... Tak patut tul mereka2 ni.

    Mereka ini sedang mencari Imam Mahdi. Dhada... tolong katakan kat mereka Imam Mahdi tertinggal keretapi. Imam Mahdi masih diStesyen Tumpat kot.... he he he

    ReplyDelete
  6. Prince of noob ko ni mmg rajin komen kat blog ni...

    ReplyDelete
  7. misteri gile..aku da stress..aiyaa..hebatla penulis blog ni..takziah n al-fatihah..tnggu jela ape yg jadi di akhir usia 2012..suspen2..Allah lebih tahu.

    ReplyDelete
  8. kerana babi lah yang membersihkan najis manusia yang ada di dalam kapal sewaktu segala nya di tenggelami banjir..kalau tiada babi yang memakan najis manusia ketika di dalam kapal waktu itu..mgkin yang ada di dalam kapal telah mati di jangkiti penyakit berbahaya..

    ReplyDelete
  9. maafkan mereka tidak bersalah dalam hal ini - maafkan mereka, mereka tidak tahu ibu bapa lalai dari.... http://t.co/72HBOgSp

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete