Wednesday, 13 June 2012

Apa itu JIWA?..... dari apa ia dibuat... kayu.... batu ataupun emas.

JIWA ini apa sebenar-benarnya...... Jiwa adalah satu ciptaan yang eksklusif. Hebat Jiwa..... pasti. Aku benar-benar pasti.... masakan tidak!...... yang menciptanya Maha Hebat iaitu Allah Tuhanku.

Timbulkan soalan jika mahu tahu. Diam... relax.. santai sambil korek taik hidung tak mungkin membantu. Tanya dan terus bertanya apakah Jiwa ini sebenarnya. Kuat ke? Jiwa tidak kuat pada asalnya... ia diperkuat hari demi hari. Tiada had kekuatan untuk jiwa.... ia infiniti.... nak berjuang kan! Pasti.... Berkilat ke? Untuk apa?  I also dono.. mono.... red in colour.... what for? Green in colour.... Bull shit.. bodoh tul! Lol



Terpakan kepada aku dengan soalan yang berat-berat... aku akan jawap jika aku mampu! Tolong jangan tanya soalan "stupid". Tanya dan terus bertanya...... maka akhirnya akan timbul perkenalan. Tahu benar aku... ya aku sudah tahu. Itulah yang dinamakan Ilmu. Semuanya terhasil dari pertanyaan demi pertanyaan yang kita tanya dan persoalkan sepanjang hidup. Benarkan. Iya! Pasti.

Jiwa boleh dibebankan kesakitan yang sangat berat tanpa had. Jiwa mampu menanggung semua kesakitan itu tanpa rosak sedikit pun. Sangat berlainan dengan Jasad. Jasad yang sakit sampai pada satu tahap tertinggi otak pastinya akan memutuskan litar kesedaran manusia. Manusia jadi pengsan ataupun khayal sehingga lebih teruk iaitu 'coma'. Jasad boleh musnah tapi Jiwa gagah.

Jiwa ini dijadi sama tapi tidak serupa. Sebagai contoh... lihat limau mandarin ni. Nampak sama tapi ia tetap tidak serupa. Berbeza dari segi warna, bentuk dan rasa sikit-sikit sudah pasti berbeza.  Tak ada satu pun limau mandarin yang benar-benar sama dari segala aspek. Ia tetap buah mandarin. Begitu juga dengan Jiwa...... tiada satu pun yang benar-benar sama. Pastinya!

Mana yang kurang pasti ditambah... jika yang lebih pula pasti dikurangkan. Allah Maha Adil pada semua Jiwa ciptaannya.  Aku, dia dan kamu.... semuanya JIWA satu-satu tiada kawan..... itu dulu. Sekarang inilah ujiannya moga-moga ada sesuatu yang akan mengisi kekosongan JIWA selama ini. Jiwalah yang sebenarnya bersumpah dihadapan Allah.... "demi Allah yang menjadikan aku... aku pasti harungi semua dugaan biar sesusah mana pun... Aku pasti pulang dengan kejayaan". Ayuh marilah kita hadapi hidup ini dengan penuh kekuatan. Tidak akan malu kita nanti dihadapan Allah pada hari perhitungan. Maha Suci Allah.

Mari kita menyelam lebih dalam demi untuk melihat dan yakin apa itu JIWA..... dalam amat-amat dalam...... dalammmnya. Disini, dikedalaman ini, jika kamu dapat pulang dengan jayanya.... Wah hebatlah...... ataupun mati reput dalam kelemasan penuh persoalan. Apakah itu jiwa?.

Sebelum itu kita pelajari Jiwa apa kata kita amati dengan cermat apa itu RUH.

  • Wahai murid-murid yang budiman. Ruh ini berbentuk bulat dan sedikit lonjong serta pipih. Ruh berwarna Biru muda dan bercahaya amat malap. Saiz serta warna setiapnya adalah sama dan serupa. Saiznya lebih kurang sama dengan tengkorak manusia dewasa. Cuma kecil sedikit. Semua manusia, malaikat, jin, syaitan, iblis, dajjal serta binatang memiliki Ruh. Cuma dengan Ruh semuanya makhluk tersebut boleh hidup termasuk saya. Ruh ibarat pertrol bagi kenderaan bermotor tanpanya ia mati.
  • Saya berkenalan dengan makhluk yang namanya Ruh sewaktu saya berumur 3 tahun. Keluarga saya adalah sangat kucar-kacir lantaran sikap ayahku yang mata keranjang. Saya hairan bagaimana adik beradik ku yang lain tidur. Saya sukar untuk tidur bila memikirkan sikap ayahku yang sering meniduri wanita lain. 
  • Saya seringkali dibawa bersama demi untuk mengaburi mata ibuku. Diumur tiga tahun saya tidur berendamkan air mata sehinggalah satu hari 3 makhluk yang setiap satu berwarna biru dan bercahaya malap datang bermain dan menghiburkan. Saya tidak tahu apakah itu sehingga lah Ibuku yang amat aku sayangi meninggal dunia. Saya dibawa oleh Allah Tuhanku melihat "pulangnya Ruh-ruh manusia" ke langit dalam keadaan jasad dan jiwa yang sedar.... yakni saya tidak tidur pada ketika itu. Sesuatu berbentuk bulat leper dan berwarna biru malap, saiz tengkorak manusia dewasa tersusun satu..satu.. satu sedikit melengkung dari Bumi terus keLangit yang tinggi. Cantik sangat mengasikkan. Dari jam 3 pagi sehingglah hampir azan subuh barulah Jiwa saya dipulangkan semula kepada Jasad. Ketika itu saya sedang duduk  disebelah isteri saya yang sedang tidur. Maha Suci Allah.
  • Tugas utama Ruh adalah untuk makhluk itu hidup didunia ini. Ruh disifatkan tidak punya harga disisi Allah semasa diBumi. Ruh dipinjamkan dari kerajaaan Langit. Ruh adalah pemangkin untuk Jiwa dan Jasad melekat. Ia bersifat mengisi ruang seperti cecair yang dituangkan kepada sesuatu acuan. Cuma dengan adanya Ruh, Jasad dan Jiwa dapat bersatu..... maka namanya ditukar kepada Manusia. Apabila manusia mati Ruh akan dipulangkan kepada kerajaaan langit.

Sekarang kita amati dengan cermat  pula apa itu Jasad.
  • Jasad ini mempunyai 4 unsur utama iaitu air, api, angin dan tanah. Jasadlah yang menjadikan kita manusia berbeza-beza kerana diambil 4 unsur itu dari tempat yang bebeza. Cantik atau pun buruk sesuatu jasad adalah bersifat subjektif.... maknanya dinilai secara berbeza oleh otak manusia. 
  • Kecantikan sesuatu Jasad bukanlah cerminan sesuatu Jiwa. Matlamat utama Jasad adalah untuk manusia itu dilihat oleh makhluk lain. Manusia benar-benar ujud pada ketika itu. Kecantikan manusia  seringkali menjadi sebab sesuatu Jiwa itu gagal dalam Ujian semasa diBumi. Lebih banyak kelebihan seseorang manusia itu maka lebihlah pula insan itu diuji dan diuji maka bertambah payah lah ia untuk berjaya. Allah Tuhanku adil pada ketika itu. 
  • Setiap manusia dijadikan bersaudara kerana jasad. Darah daging manusia bersambung-sambung disetiap kelahiran. Manusia diBumi bersaudara kerana berkongsi darah yang sama. Syahwat adalah makhluk. Syahwat dijadikan sebagai alat untuk melahirkan Jiwa yang akan diuji nanti. Nikmat seks inilah yang diagung-agungkan umat manusia. Sedangkan ianya cuma sekadar Ihsan dari Allah Tuhanku. Dek kerana sedapnya nikmat seks ramai manusia mahu jadi Raja ataupun Sultan..... kerana apa? Kerana dengan menjadi Raja ataupun Sultan, manusia gelojoh ini dapat menikmati seks semau-maunya. Ini dia penyakit Sultan Selangor.  Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj. Tak mampus-mampus lagi mamat ni.
  •  Jasad ini sekadar pinjaman aja. Selepas mati ia dipulangkan kepada Bumi.
 Nah mari kita kembali kepersoalan tentang Jiwa. Jiwa ini tiada persaudaraan. Kita ini  asal asing seasing-asingnya. Bersendiri penuh kebosanan. Melahu.... lama-lama. Pada ketika itu MASA belum lagi Ilmu.

Sekarang ini kita sepatutnya sudah tahu bahwa kita ini semuanya cuma "JIWA". Kita tiada pertalian keluarga. Kita ini asing seasingnya. Aku.. aku.. Kamu.. kamu. Itu asalnya kita. DiBumi untuk diuji kita sebenarnya tetap tiada pertalian antara satu sama lain. Pastinya.

Jika semua kamu memahami ini nanti kamu juga akan faham bahawa tiada perlunya keturunan Nabi Muhamad untuk menjadi Imam Mahdi. Islam bukan untuk dijadikan Hak milik kekal sesuatu keturunan. Jika tidak Allah Tuhanku disifat memang tidak adil. Masakan begitu...  MUSTAHIL.

Kerana Jiwa Imam Mahdi boleh berada dimana-mana jasad pun. Tidak perlu lagi kamu mencari susur galur keluarga Nabi. Jiwa yang diUji almahdi yang dimaksudkan boleh berada dimana-mana.

Bukan mudah untuk faham semua ini.  Nabi muhammad diutus kebumi untuk menyampaikan Risalah kebenaran untuk umat manusia akhir zaman. Setelah tamat tugasnya dia mati. Jiwa akan berpisah dari jasad apabila sudah mati. Satu soalan apakah perlu lagi nabi diSyurga. Untuk apa nabi diSyurga?

Tengah-tengah  jalan kat Syurga, tiba-tiba kita terserempak dengan Nabi Muhammad. "hai nabi Muhammad".... pelik... Nabi muhamad ni tak cuti-cuti ke?. Asik kerja aja."name tag" pun tak tanggalkan. Pelik.. sangat pelik. Percayalah selepas tamat segala episod suka-duka diDunia..... semua kita akan kembali mengadap Allah. Sudah tidak ada lagi jawatan nabi ataupun manager. Semuanya kita sama-sama aja. Jiwa tidak punya darjat... semuanya sama tapi tidak mungkin serupa.

Jiwa yang diuji dilengkapi peralatan cukup-cukup untuk semua. Tiada yang dapat lebih dan tiada yang dapat kurang. Kurang dan lebih  pastinya satu Ihsan pada Jiwa yang berupaya melepasi semua ujian dengan kekuatan yang membanggakan. Benarlah Allah Tuhanku sangat-sangat sayang kepada semua Jiwa. Tiada satu pun Jiwa yang dimusuhi Allah.

Demikian pula sesuai dengan Hikmah dan Keadilan Allah Tuhanku, Allah  Tuhanku membebankan tugas  kepada setiap manusia sesuai dengan kemampuan masing-masing. Dan Dia pun memutuskan suatu hukum sesuai dengan kemampuan dan kehendak bebas mereka, serta memberikan balasan, baik berupa pahala atau siksa yang setimpal dengan tiap-tiap perbuatan mereka. Allah SWT berfirman:
  • "Sesungguhnya Allah tidak akan membebani manusia sesuai dengan kemampuannya." (QS. Al-Baqarah: 286)
  • "Dan akan diputuskan kepada mereka itu suatu tugas hukum dengan keadilan dan tidak dizalimi sedikit pun." (QS. Yunus: 54)
  • "Maka pada hari kiamat tidak dizalimi seorang pun dan tidak diberikan balasan terhadap apa yang mereka lakukan melainkan sesuai dengan apa yang telah mereka perbuat." (QS.Yasin: 54)
  • Surah AlBaqarah. Ayat 216.


  • Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
Kamu wahai manusia tidak tahu apa yang baik bagi kamu. Ilmu tentang sesuatu perkara didatangkan dalam bentuk Ilham. Ia dicetuskan oleh rasa ingin tahu manusia melalui otak dalam bentuk pertanyaan. Pertanyaan demi pertanyaan akan dijawap oleh Allah Tuhanku setiap satu.. satu.. satu membentuk perkenalan. Lebih banyak tanya maka lebih banyak lah infonya..... maka akan lebih kenalah kita kepada  subjek. Ini dinamakan Ilmu. AAAAA baru aku tahu. Iyakan!
 Salam. Jumpa lagi. BYe


11 comments:

  1. we want more!
    \(^^)/ yeah!!

    dhada

    ReplyDelete
  2. Aneh...
    Pengetahuan ini benar kata hatiku...

    dhada

    ReplyDelete
  3. Kamu membenarkan semua tanpa mahu menyanggah....

    Bawakan ayat-ayat Allah yang tertulis didalam Alquran. Tiada satu ayat pun mampu menyanggah apa yang aku tulis.... kerana apa?

    Kerana Ilmu yang aku sampaikan bagaikan 'semut hitam' yang berbaris panjang. Satu.. satu.. satu. Tidak akan berlaku perlanggaran ataupun kemusnahan.

    Semuanya ini aku sampaikan dengan penuh peraturan dan hidayah serta petunjuk dari Allah Tuhanku.

    Carilah mana-mana manusia dibumi yang berani mengaku Allah itu miliknya.... carilah! tak kamu ketemu. Aku pasti.

    AKU INI BENAR-BENAR SEORANG HAMBA MU YA ALLAH.

    Salam.

    ReplyDelete
  4. Siapa kamu yang sebenarnya wahai Saudaraku Khalil...

    dhada

    Aku sungguh asyik mendengar kata-katamu. Bangun di tengah malam pun aku berfikir tentang apa yang kamu katakan. Aku tak peduli yang lain dan pengetahuan mereka. Aku mahu tahu apa yang aku mahu tahu.

    ReplyDelete
  5. Aku mahu tahu tentang perjuangan akhir zaman wahai saudaraku.
    Ceritakan padaku.

    dhada

    ReplyDelete
  6. Dhada, tidakkah terlalu awal untuk semua ini. Kita ini diakhir zaman...... 2012 begitu banyak diperbahaskan tidakkah kamu membaca.

    Armageddon pasti berlaku tepat pada tarikh dan saatnya..... Sesuatu itu ditetapkan oleh Allah Tuhanku ia dinamakan takdir.

    Satu soalan cepu emas untuk yang bertanya..... Tidakkah kamu nampak garisan penamat itu?. Aku sedang menanti semuanya kamu disitu. Nampakkah?

    Berlarilah kuat-kuat sekuat-kuatnya..... takdir tidak menunggu kamu. Setiap yang bermula telah pun lama bermula. Setiap yang berakhir pasti akan berakhir. Who are you?... Sampai Allah mahu menunggu kamu. Gila apa manusia.

    Apakah kamu mahu Allah yang menentukan segala-galanya? Aku tidak. Aku mahu tentukan sendiri. Kalah atau menangnya aku disetiap perjuangan aku yang menentukan. Tidak pun sekali ku luahkan ucapan putus asa dihadapan Allah Tuhan ku. Mulut ini bagaikan tidak mampu untuk mengakui kelemahan diri. Aku ini lemah..... tidak akan ku akui dengan tutur bicara.

    Aku malu dengan Allahku kerana sudah pasti Dia tahu segala isi hatiku. Siapalah aku untuk menyembunyikan semuanya. Aku rela kecundang disetiap perjuangan. Aku rela mati demi perjuangan ini.

    Nanti dihadapannya selepas ku tammatkan semua tugas ku diBumi.... barulah akan aku akui dihadapan Allah Tuhanku semuanya dengan kata-kata. Demi Allah.

    Aku benar-benar malu dengan Allah Tuhanku

    ReplyDelete
  7. AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.....

    Aku mahu apa yg kumahu....!

    dhada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakah yang kamu mahu? Nyatakanlah supaya senang kemahuan itu dinilai.

      Samada mahu diberi ataupun tidak. Aku bukan Tuhan yang tahu segalanya. Ilmu ku disuap bagai anak kecil oleh Allah Tuhanku.
      Tdak aku mati kelaparan Ilmu kerana yang menjagaku sakit peningku pastinya Allah Tuhanku.

      Salam

      Delete
    2. mahu apa lagi ni dhada... dah ada suami, 2 orang anak... cuba la bersyukur, bawak2 la cari kelas2 agama ke bukannya berkonspirasi dgn jaya negara yg tak suka pakai baju

      Delete
    3. Prince of Noob, dari ko troll kat sini baik ko siasat siapa remove komen2 lepas arwah meninggal

      Delete
  8. prince of noob tak abeh2 trolllllll je keja aku tgk dari tadi.. gi la melawata dhada kat spital nunnn...

    ReplyDelete